Saturday, February 15, 2014

Terkini Banjir Di Beaufort

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Begini rupa pekan Beaufort hari ini. Boleh kata seluruh pekan Beaufort sudah dinaiki air hari ini. Mengikut cerita orang-orang lama kat sini... dulu sekitar tahun 1980-an pernah terjadi banjir seperti ini sekali. Kini peristiwa tersebut berulang semula... pagi tadi krole and the gang ada cuba nak ke pekan dengan menaiki kenderaan 4 wheel tapi... disebabkan arus air terlampau deras pergh! tak berani beb!.

Gambar-gambar ni pun krole dapat atas ehsan perkongsian dari rakan-rakan difacebook. Gambar kat atas ni adalah TM centre... pergh! sekejap je air naik hingga paras macam ni.

Ini pula gambar pejabat pos kat pekan Beaufort... pejabat pos ni mempunyai bawah kolong... tapi... korang tengok sendiri... setahu krole... ketinggian bawah kolong pejabat pos ni sekitar 7 ke 8 kaki... hurm... 

Ini pula gambar jalan kat kampung krole... semakin naik dan deras airnya... tengah krole taip entri ni pun... hujan lebat beb!. So agak risau juga bila lihat tahap air yang kian meningkat ni. Dewan-dewan serbaguna kat kampung krole pun dah penuh dengan mangsa banjir dari kampung sebelah. Moga Allah permudahkan tiap urusan mereka. "Pray For Beaufort"... krole  gerak dulu. Happy blogging semua.



p/s : Ya Allah... jadikanlah hujan ini rahmat buat kami semua~

4 Komen:

Rubiatul Adawiyah said...

Allah titipkan ujian kepada hambaNya dengan kemampuan mereka.. In Sha Allah semuanya ok.. bersabar ya :)

PeRdU cINta said...

Allahuakbar..risau jua tengok la mr krole..moga semua bersabar dan sentiasa berdoa agar air segera surut..Pastikan baby zahrah tidak terlalu terdedah pada persekitaran luar dalam keadaan cuaca yang tidak begitu stabil..

Norhasniza Khalid said...

ya allah... teruk juga ni...

syuk shusuke said...

semoga banjir cepat surut dan kembali normal.