Thursday, February 13, 2014

Pekan Beaufort Dilanda Banjir

Assalamualaikum... aha! kat entri sebelum ni krole ada kata yang pekan kitaorang dilanda banjir?. So atas ehsan daripada kawan-kawan yang rajin menjenguk perkembangan kat pekan tadi... dapatlah krole share dengan korang semua. Boleh kata hampir 70% kawasan pekan beaufort dah ditengelami dengan air. Sedangkan pagi tadi... krole tengok dah teruk... sekali petang pergh! bertambah-tambah pula naiknya.

Disebabkan beberapa jalan utama di pekan beaufort ni ditenggelami dengan air so memang jem beb!. Sedangkan pagi tadi... krole nak keluar dari pekan pun mengambil masa selama 40 minit pergh! dah macam jem kat kajang... uh! kajang? wah... rindunya waktu duduk kat sana hihihi.

Ini pula ada diantara stesen minyak yang dinaiki air banjir... pergh! nasib baik kat pekan ni ada banyak stesen minyak. Kalau tak... pergh! confirm orang-orang yang pakai kereta dan motor menangis-nangis sambil menyanyi lagu-lagu sedih kat tepi tu hihihi. Oklah... sebelum krole melalut lebih panjang... doakanlah agar banjir ni akan cepat surut. So happy blogging semua.



p/s : banjir oh banjir~

3 Komen:

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum mr krole sefamily..masyaAllah..disebalik bah dan musibah itu pasti Allah sertakan hikmah..moga semuanya segera pulih seperti sedia kala..amin..

syuk shusuke said...

bro, pesan kat kawan2 adik family semua supaya jangan main air. takut terkena penyakit tikus bagai. huhu

Mohd Ridzwan Abdullah said...

Hati-hati ketika time banjir ni krole. Penyakit mudah merebak.