Sunday, February 16, 2014

Dalam Sekelip Mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, pelik manusia ni kan? dalam sekelip mata saja segala kebaikkan kita selama ini tak dihargai... kenapa krole kata macam tu? ok nak cerita sikit ni. Kejadian ini berlaku pagi tadi. Tengah krole lepak-lepak santai kat rumah tadi.. tiba-tiba datang seorang hamba Allah yang bergelar sahabat baik krole kat sini. Datangnya membawa hajat, iaitu nak pinjam kereta krole... sambil membuat muka panik beliau berkata "krole... boleh pinjam kereta kau tak? aku nak bawa isteri ke hospital... isteri aku sakit". Pergh! terkejut krole waktu tu tapi... sahabat krole seorang ni tak ada lesen kenderaan so krole beritahu kat dia yang krole tak dapat nak pinjamkan kereta tu.

Tapi krole tawarkan diri untuk bawa beliau dan isterinya ke hospital cuma... macam ni katanya "tak apa... menyusahkan kau saja... pinjamkan saja kereta tu". Krole pun kata kat beliau alasan yang sama sebab... beliau tak ada lesen kenderaan so krole tak berani nak pinjamkan... kalaulah ada roadblock? panjang ceritanya nanti. Tiba-tiba sahabat krole ni naik marah... sambil beredar dia kata "haish... kedekutlah kau ni". So dipendekkan cerita... krole pergi ke rumahnya... tapi beliau tak ada... yang ada isterinya... lagi misteri isterinya sihat walafiat je... bila krole tanya mana suaminya... dia kata belum balik lagi...? aik! pelik manusia macam ni. Apa-apa pun krole dah mesej beliau... cuma belum ada respond dari tadi... tapi tak apa... itulah warna-warni kehidupan kan? mesti ada hikmah semua ni. Happy blogging semua.


p/s : banjir di pekan beaufort makin surut... alhamdulillah~

4 Komen:

Anonymous said...

alamak, agak-agak la brader ni. jangan guna alasan isteri sakit!

eh, ada mini cooper. diecast ke? bagi satu boleh? aku pun minat jugak diecast ni. baru nak collect volkswagen dengan mini.

mselim3 said...

Assalammualaikum...krole,

macam2 kan.. ragam manusia. Bersabar aje lah dengan ragam manusia nie kan. Mungkin ada hikmah yang kita mungkin tak tahu..

mselim3

Zam said...

ya Allah.. mcm2 org sekarang ni..

CD said...

hmmm.. sangat misteri, teramat misteri.. jengjengjeng... bersabarlah krole... mungkin, ada sesuatu yang berlaku dan beliau tengah serabut masa tu... btw, krole di bahagian mana?