Friday, February 14, 2014

Pray For Beaufort

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Ok! ini sambungan dari entri krole semalam... Kalau tengok gambar kat atas ni rasanya korang boleh bajet dah kan...?. Hari ini paras banjir di Pekan Beaufort semakin meningkat berbanding semalam... kalau tak silap krole dah lebih dari paras merbahaya dah. Allahuakhbar... dalam sekelip mata saja... Pekan Beaufort ditengelami air banjir. 

Menurut sumber dari kawan-kawan krole... hampir 95% kawasan Pekan Beaufort dah dinaiki air banjir. Ok! gambar kat atas ni adalah Pasar Tani Pekan Beaufort... pergh! tenggelam habis beb!. Menurut laporan lagi... semalam rupanya ramai mangsa yang terperangkap di Pekan Beaufort. Syukur ramai sukarelawan dan bantuan dari jabatan beruniform (bomba, polis, kesihatan, dan lain-lain) memberikan bantuan. Setakat ini tiada kes kematian dilaporkan.

Semalam krole ada ambil gambar stesen minyak ni... Pergh! dah tenggelam beb!... stesen minyak ni sebaris dengan stesen keretapi Beaufort... Cuma tak dapat gambar dikawasan sana sebab air terlampau deras sekarangni. 

Ini pula jalan nak ke kampung krole... pagi ini sempat pergi melihat perkembangan kat sana. Ternyata air semakin naik. Sekarangni kalau kereta-kereta kecil tak dapat dah nak lalu kawasan ni... kereta besar macam 4 wheel, lori 10 tan, dan sebagainya je yang boleh. Sebab pagi tadi... ada 2 buah motorsikal cuba meredahi air banjir ni... keputusannya? hanyut beb! nasib baik sempat diselamatkan orang dan motorsikal tu... So harap kawan-kawan blogger... doakanlah agar keadaan di Pekan Beaufort ni kembali pulih. Ok! krole nak ronda-ronda kejap so happy blogging semua.



p/s : antara banjir teruk yang pernah dialami oleh warga Beaufort

5 Komen:

el said...

xtau pun beaufort tgh banjir skun..iols skun jarang tgk dah tv..
teruk gak banjir nye tu
hopefully semua mangsa2 yg terperangkap dpt diselamatkan dan hope banjir ni cepat surut..ati2 krole!!!

puteri airyn said...

Salam Jumaat.. Tu lah Erin dok baca news paper kata sabah banjir..Semoga banjir cepat surut ye dan keadaan pulih seperti biasa..

Zamani Abe said...

pergh ini mmg sgt merisaukan!

syuk shusuke said...

jangan ambil ringan bro krole >.<

PeRdU cINta said...

InsyaAllah..sentiasa berdoa dan berharap agar air banjir segera surut..amin..utamakan penjagaan keselamatan dan kesihatan..