Tuesday, February 11, 2014

Angan-Angan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Huhuhu... kalau ditanya kat siapa-siapa pun hurm... siapa yang tak ada angan-angan kan?. Kalau topik ni dijadikan modal bercerita di kedai kopi pergh! confirm meriah beb! sampai ke sudah tak akan selesai cerita. Ada yang nak ke bulan, nak jadi kaya (selalunya), nak jadi popular dan banyak lagi. Seperti diri krole ni pun serius beb! ada angan-angan juga hihihi... siapa yang tak nak berjaya dunia dan akhirat kan?. Bila krole berjualan kat tapak tamu mingguan... selalunya krole tertarik bila melihat karenah orang lalu lalang dihadapan tapak jualan krole. Gelak tawa mereka sering menarik perhatian. 

Seperti kelmarin... sewaktu berjual, krole ada ternampak satu keluarga ni... seronok tengok bila si ayah tengah mendukung anaknya dan si ibu tengah memayungkan suami dan anaknya. Gelak tawa mereka boleh membuatkan hati ini turut tumpang gembira. Si ayah berpakaian kemas seperti gaya-gaya seorang yang berkerjaya besar, si ibu pula berpakaian cantik ala-ala artis begitu, dan si anak pula berpakaian branded kanak-kanak (kalau tak silap kiko). Pergh! tibat-tiba diri krole ni terbawa ke alam angan-angan seketika... dimana krole lihat keluarga krole seperti itu juga. Wah! bestnya (walaupun hanya angan-angan).

Tiap hari krole berangan untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga krole... nak bagi pakaian yang cantik-cantik kat Mrs. krole yang tercinta, nak belikan pakaian yang branded-branded untuk baby Zahrah. So tanpa mengenal penat lelah krole cuba berusaha sekuat mungkin... macam-macam kerja krole cuba buat dan kadang-kadang hinggakan berjualan kat tepi jalan. Walaupun penat selalunya krole kuatkan diri dengan ayat seperti ini "tak apa diri aku yang susah... jangan isteri dan anakku susah". Hurm... angan-angan tak salah kan? janji usaha tu kena ada... walaupun kadang-kala krole terasa macam tak tercapai angan-angan tu.

Namun rezeki kan ketentuan Allah SWT... tak ada yang mustahil dalam hidup ini. Janji kita kena rajin berusaha dan memohon kepadaNya. Oklah... krole kena gerak dulu... huhuhu... Happy blogging semua.


p/s : serabut sikit entri ni hihihi... i'am sorry~

4 Komen:

Mohd Ghazali Abdullah said...

Bagus...bapa yang bertanggungjawab

iAmCekbolat said...

untong bby zahrah ade ayah cm krole . wewwit

iAmCekbolat said...

untong bby zahrah ade ayah cm krole . wewwit

GP said...

Usaha yg penting. Tuah manusia siapa yg tahu kannn