Monday, February 17, 2014

Memilih Bulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, alhamdulillah banjir di Pekan Beaufort semakin pulih hari ini... pagi tadi sempat krole ronda-ronda ke pekan... pergh! banyak lelong beb!. Kebanyakkan kedai-kedai yang terkena banjir semuanya melelong barang hari ini. Alhamdulillah ada juga rezeki krole sekeluarga shopping sakan hari ni. Bajet RM50 je tapi barang pergh! macam beratus-ratus punya harga hihihi. Ok! nak cerita sikit pasal berebut nama ni... tadi sempat krole ke pusat pemindahan mangsa banjir.

Nak jenguk keluarga yang masih ada kat sana... kebetulan pula hari ini ada pemberian bantuan berupa wang kepada semua mangsa banjir kat sana daripada sebuah parti politik ni. Alhamdulillah... tapi... rupa-rupanya pemberi sumbangan tersebut memilih bulu? hanya mangsa banjir yang sama bendera politik saja yang terima bantuan tersebut. Manakala yang lain bendera... hurm... senang cerita tak dapat?. Pelik betul sekarangni... itulah dalam kamus hidup krole ni... memang tak berapa minat sangat benda-benda politik ni. Banyak negatif berbanding positif. Argh! malas nak cerita panjang bab ni... cuma disini krole nak nyatakan agak terkilan bila tengok pemimpin yang dinaikkan rakyat berbuat begitu kepada rakyatnya. Oklah... krole out dulu, happy blogging semua.


p/s : terima kasih kepada yang ikhlas membantu~

2 Komen:

Sura Mohd said...

sakit hati pulak dengar cerita pasal pilih bulu ni..rasanya kat mana2 pun lebih kurang jer..knape nak pilih2..bukannya semua tu duit rakyat tak kira la parti apa..semua bayar cukai,tol..dimana ketelusan :(

syuk shusuke said...

mana boleh pilih bulu. aduhai.