Wednesday, February 19, 2014

Rezeki Masing-Masing

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... teringin pula nak cerita pasal benda ni, sebenarnya tadi... krole ada bersembang dengan kawan bab benda ni. Waktu tengah berjualan tu tiba-tiba datang kawan krole datang. Sambil menepuk bahu krole dia berkata "krole... kan best kalau kita ni kerja pejabat hihihi". Aduh! nak tergelak krole waktu tu... dahlah kelulusan pun krole tak ada... nak kerja pejabat macam mana? hihihi. Sembang punya sembang... tiba-tiba... kawan krole tadi kata "kalau kau ni kerja JPJ atau Imigresen mesti kau ni segak krole". Ahahaha! tergelak beb! tapi... dalam tergelak tu terbayang juga pergh! mesti smart dapat pakai uniform, baju kot, kasut kilat hurm... tapi semua tu hanya mainan angan-angan krole je.

Rezeki kita ni Allah SWT dah tentukan sebaik-baiknya untuk kita... ada yang jadi polis, ada yang jadi doktor, ada yang jadi peniaga runcit, ada yang jadi penjual ikan, ada yang jadi tukang kilat kasut... semua itu adalah ketentuan daripada Allah. "Kenapa Allah tak takdirkan aku jadi doktor?" pergh! persoalan ini biasa krole dengar dari kawan-kawan. Jawapannya mudah saja... Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita... dalam hidup ni Allah dah sediakan banyak jalan untuk kita... tinggal kita je yang nak pilih jalan tu. Apa pun pilihan kita itu adalah yang terbaik pemberian daripada Allah. So sebaiknya bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha sebaiknya untuk mencari rezeki halal yang telah Allah sediakan dimuka bumi ini. Kalau difikirkan secara logik pun... kalaulah semua ditakdirkan jadi doktor so tak adalah orang yang berjual ikan kan? ahahaha! begitulah juga sebaliknya. Sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. So happy blogging semua.


p/s : ada rupakah krole ni kalau kerja pejabat? hihihi~

5 Komen:

Nurul Farahizzati said...

yup.. betul.. ada yang kerja hebat2, tetapi family terabai.. ada yang kerja sebagai buruh, tapi bahagia dengan anak sepuluh... :)

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum mr krole sefamily..best entry ni..setiap orang telah Allah sediakan bahagian masing masing..kita berusaha..kita redha..kita bersyukur dan mesti bersangka baik..mengapa begini dan tidak begitu..semua rahsia Allah..

syuk shusuke said...

tak mencuba mana tau hasilnya kan bro krole ;)

el said...

iols suka ngan kata2 uols tu
aah tu semua dah Tuhan tentukan Dia Maha Mengetahui segala2nya kan







































































Mohd Selim Zainal said...

Assalammualikum...krole,

apa pun pekerjaan itu sama,, konsepnyer mencari rezeki yg halal dan baik... cuma cara mendapatkan aje berbeza2.. ada orang terpaksa berhempas pulas dan ada orang yg kerja nyer pejabat dan releks kerja pakai tie..
Pape tu semua rezeki .. kan.

mselim3

pls: krole ada tokoh kerja pejabat..lah.