Tuesday, January 1, 2013

Letak Ashtray Bawah Meja

Wuah! ini merupakan entri pertamaku pada tahun 2013 ni hihihi (hidung kembang kempis). Ok bila baca tajuk tu mesti ramai keliru kan? untuk apa letak ashtray atau a.k.a tempat habuk rokok bawah meja? hari ini krole bukannya nak buat entri tips ataupun tutorial ya. Sebenarnya pagi tadi krole dan Mrs. krole keluar berjalan-jalan... ala... bukan apa, kalau asyik duduk rumah bosan juga kan? sedar tak sedar waktu tu dah jam 12 tengahari so disebabkan terlampau lapar (amboi) kitaorang pergilah mencari restoran untuk makan tengahari, pergh! hari ni memang susah beb nak cari restoran yang legang semuanya penuh saja... maklumlah tahun baru katakan. Dipendekkan cerita kitaorang pergi ke sebuah restoran ni terus duduk dan memesan makanan. Selang 20 minit kitaorang didalam restoran tu tiba-tiba ada seorang makcik ni merangkap pekerja kat restoran tu kecoh!

Dengan suara yang lantang beliau memarahi sekumpulan remaja yang duduk tak jauh dari kitaorang. Maklumlah krole ni kan busybody... apa lagi... pasang telingalah hihihi. Owh... rupa-rupanya makcik tadi marah budak-budak tu sebab mereka buang habuk rokok dibawah meja, walhal dah disediakan ashtray a.k.a tempat habuk rokok disetiap meja yang ada di restoran tu. Sempat lagi makcik tu perli budak-budak tu waktu mereka dah nak beredar "hm... lain kali aku nak letak ashtray ni dibawah mejalah, kalau letak diatas bukan diaorang guna pun" hahaha! lawak tu, rasanya makcik tu layak dah masuk ujibakat raja lawak. Tapi apa-apa pun melalui pemerhatian krole sendiri, masyarakat kita kalau bab ni memang macam tu, ashtray atas meja tapi merata petik habuk rokok tu, macam tak ada fungsi pula ashtray ni? yang kasihannya adalah pekerja-pekerja seperti makcik tu kan. Oklah ada kerja sikit ni so happy blogging semua.



p/s : jangan jadi macam mereka ini ya~

15 Komen:

luqman zakaria said...

bukan ashtray je krole..kadang2 aku tgk tong sampah ade..tp sampah kat luar tong..tong sampah pulak kosong..ape kes..kuikui~

kak nora said...

letak tong sampah terus kat bawah meja tu lagi baik..

Belalang hijau Perisik said...

diorang ada penyakit xleh angkat tangan tinggi2 kot?eh,tapi angkat tangan halakan ke mulut tuk sedup asap leh pulak ye...kompius2 :P

cweet pinky said...

tuh la , orag yang suke menunjukkan kebodohan , hahaha ! pelik2 je :P

Wenwink Kidu.Duki said...

tu nama teda sivik krole.... so sebagai bakal cikgu sivik ni.. wen rasaaaa.... blah blah blah blah...

boni kacak said...

hahahahhaa.. rasanya kena tukar ashtray tu.. kena letak mangkuk besar.. pastu letak signboard sekali supaya buang abu rokok dalam tu. baru makan dalam sikit..hehehehe

deqjamucuxx said...

hapy new year krole :)

tak pun sebelum bayar kena sapu dulu habuk2 yang ada. haha :) baru berakaiii ! hihi

|arieza| said...

haha ok makcik tu kelakar. next year dia patut masuk maharaja lawak mega!

Mar Haini Abdul Rahim said...

ke elok letak diorng dalam tong samph je ? hahaha ye la dh suke buang rata2. :P
# jom join pencarian bloglist mar :)

Cik Aish said...

hehe takde sivik niihh..

krole said...

luqman : tu r bro..miss waktu baling kot hahah~

kak nora : hahah satu idea yang bek akak~

krole said...

belalang : tu r bro..ikot kompius jgk r~

CP : pelik tp benar wak~

krole said...

wen : wuah!! pjgnya ceramah hihihi~

boni kacak : hihihi..le jgk camtu bro..kalo camtu pon buang kat bwh meja...bg pelempang trus~

krole said...

deqja : hahaha pon bole pakai jgk wak...bru brfikir dua tiga kali next time~

arieza : tu r wak..dasat tol~

krole said...

Mar : hahaha pulok da wak~

Cik Aish : tol2...harap2la dorank punye azam baru ni tambah sivik dalam diri~