Thursday, January 24, 2013

Kereta Kena Langgar

Aduh! bila tengok gambar diatas tu hatiku menjadi panas mengalahkan kepanasan belakang peti sejuk yang ada di rumah krole ni argh! kalau boleh hendak saja diri ini pergi ke tepi pantai dan menjerit sepuas hati hingga anak tekak ni terkeluar dari tempatnya? pagi tadi krole dan Mrs. krole pergi berjalan-jalan di pekan, kiranya nak melihat perarakan sambutan maulidur rasul yang diadakan pada hari ini. Mula-mula semuanya berjalan dengan lancar, seronok sangat bila lihat perarakan waktu tu pergh! memang ramai hinggakan ada beberapa jalan terpaksa ditutup oleh encik polis bagi mengelakkan bertambahnya kesesakan lalu lintas yang rasanya tak pernah berlaku kat pekan beaufort tempat krole ni. Tapi syukur, mungkin dah rezeki krole kan? waktu sampai tu terus dapat tempat parkir pergh! memang gembira tahap gaban dah waktu tu. Tiba-tiba belum sempat krole keluar dari kereta BAM!!!, pergh! memang terkejut gila krole waktu tu. Sepantas kilat terus krole lihat cermin sisi, pergh! macam nak terbakar jiwa ini bila nampak lips sebelah kanan kereta krole pecah dan bertaburan kat jalan raya, aduh! ini boleh buat hati aku panas! dah kita baik punya parkir tiba-tiba boleh pula kena langgar dengan kereta lain? tak tahu mana silapnya? setelah memastikan Mrs. krole tak apa-apa (cuma terkejut sikit).

Cepat-cepat krole turun dari kereta dan menghadap empunya kereta yang melanggar krole tadi, pergh! dalam hati ni macam nak terus bagi terajang maut saja kat orang tu, tapi... bila tengok empunya kereta tu turun dari keretanya aduh! rupa-rupanya empunya kereta tu dah berumur orangnya dan melalui permerhatian krole, mungkin umur beliau ni dalam lingkungan 70-an kot? belum sempat krole bercakap, atuk tadi terus meminta maaf kepada krole dan terus memberitahu yang dia sedia membayar ganti... berapa saja yang krole nak. Dalam hati ada juga terdetik "baik aku minta satu juta hahaha!" tapi tak adalah sampai begitu sekali, so krole beritahu saja kat atuk tu agar ikut krole ke bengkel berhampiran dan disana baru kita akan tahu berapa kos baik pulih kerosakkan kereta krole tadi. Dipendekkan cerita, kereta krole terpaksa bermalam kat bengkel tu malam ni, esok barulah krole boleh ambil. Alhamdulillah atuk tadi dah tolong bayar semua kos... sebelum dia beredar tadi dia meminta maaf sekali lagi dan siap beri nombor telefonnya kepada krole... katanya "manalah tahu ada apa-apa masalah, telefon saja... manalah tahu atuk boleh tolong" pergh! setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya kan. Oklah salam maulidur rasul dan happy blogging semua.



p/s : tak sabar nak ambil kereta esok~

12 Komen:

iAmCekbolat said...

syukurlah atuk tu baik . kalau kena dgn manusia yg kurang ajar ? perghhh

shaiful zaidi said...

nasib baik Krole dan wife takde apa2....keta tu boleh direpair...
Salam Maulidur Rasul.

Nurul Farahizzati said...

nasib atuk tu xkedekut... kalo dia wat xtau, mungkin panas!! salam maulidur rasul :)

Wan Ahmad Izudean said...

alhamdulillah jumpa dengan orang yang baik...

bagus atok tu...

Len Inouie said...

Aku faham perasaan tu..
lemah lutut bila tengok orang tua tahap atuk atau nenek.

TAK SAMPAI HATI!

Tapi sejak atuk pun pandai menggatal, aku dah tak berapa lemah lutut tengok org tua.
Kene jaga2 dah.

cweet pinky said...

hem , CP pown mase sambung blaja nih , bila nampak je orang tua , nak menitik je air mata nih , memandangkan ayah CP pown dah 70-an kan , so , mungkin CP rindu kat ayah kowt ..

alhamdulillah , baek pakcik tuh ..

Mar Haini Abdul Rahim said...

haa tu la png dgr x kalau kt gembira semacam pastu cm sume nye clear mst ade sumthg nk blaku.. hehe xtau la, tu la mgkn dh rezeki krole kot, bsr hikmahnya dpt knl pakcik baik pekerti tu, walaupn dh tua, rendah hati ;)

krole said...

bolat : tu r~syukur sgt wak

shaiful : salam maulidur rasul jgk bro..em btul tu~

Nurul F : huhu tu r..syukur~

krole said...

wan ahmad : syukur bro~

Len : huhu tu r..aik? cam terkeluar tajuk jew ni~

CP : sabar yew wak..besa r tu..susah2 dulu~

Mar : tu r mar.. syukur jgk..skngni krole da ada atok angkat~yeah~!

boni kacak said...

kadang-kadang apa yang berlaku ada hikmah bro..hehehe.. mana tau.. ada rezeki bro dengan atuk tu :)

krole said...

Boni : tol bro...manala tahu kan..ni pong...hari ni pong da dua tiga kali dia call~

MizzTina said...

mujur atuk tu nk bayar.. kalau lari, naya je.. sbb sy pernah kena.. even dia langgar guna troli, tetap bercalar balar.. sakit hati, pastu blah mcm tu je