Saturday, January 5, 2013

Bertaichi Hero

Tu dia! tajuk hahaha! inilah namanya bila tak ada idea langsung... main hentam saja. Mula-mula sekali krole nak tanya korang semua? korang dah tengok tak cerita "taichi zero" dan "taichi hero"? kalau belum, serius beb! korang kena tengok (entah-entah benda ni dah lapuk?), bagi krole ini merupakan movie kungfu yang boleh membuatkan korang semua tak senang duduk. Dengan jalan cerita yang menarik serta aksi yang mendebarkan pergh! berbaloi beb! hinggakan Mrs. krole yang kalau dikira kurang berminat dengan cerita-cerita kungfu ni boleh  berminat... Ohya sebelum krole terlupa, terima kasih ya kepada semua rakan-rakan blogger yang sudi membaca entri krole sebelum ni (luahan hati) dan memberikan semangat baru kepada krole, jangan risau... insyallah krole tak akan mengalah dalam hidup ini.

Ohya! nak tahu cerita? hari isnin depan ni krole dan Mrs. krole akan pergi ke Kota Kinabalu... nak pergi hospital queen elizabeth, nak bawa mertua a.k.a ibu Mrs. krole pergi buat pemeriksaan susulan berkenaan sakitnya yang pernah krole cerita dulu (sakit hempedu), harap-haraplah pemeriksaan kali ini baik-baik saja, sebab kalau tak silap krolelah kan, cik doktor haritu cakap kalau pemeriksaan kali ini keputusannya seperti hari itu juga mertua krole akan dibedah. Oklah sebenarnya krole nak cerita panjang lagi cuma masa yang tak berapa nak mengizinkan, so happy blogging semua.



p/s : haiyyyyahhhhh!!!

10 Komen:

luqman zakaria said...

T__T nape aku tak tahu pn pasal citer nih..aku kot yg lapuk sebenarnye..

shaiful zaidi said...

salam krole...moga mertua krole kembali sihat...

Mar Haini Abdul Rahim said...

xpernah tengok ! nak cr la.. ade ala2 kungfu hustle x.. heheh :D

#Syafahallah utk mak mertua krole, moga sehat2 aje :)

el said...

weiii siyes ke best...nak donlod ni hahaha...kalo xbest el cari krole tanam idup2 bley hahaha

smoga mil cepat sembuh ok

^^eKaTiKaH^^ said...

tak pernah lagi tengok.. heee :D

puteri kasih said...

moga mertua bro krole sihat hendaknya :)

cweet pinky said...

wah , nampaknya dah hepi semula , hehehe

macam menarik je citer nih , nih yang rase nak tgk nih tapi malas lak nak carik , aiyak ..

semoga mak mertua cik krole baek2 saja ... banyakkan berdoa , insyallah

CIK TOM said...

ciktom xpernah tgk cerita tue...comelnya pic domokun tue naik kete..

deqjamucuxx said...

cerita ni penah ade ke ? *blurrr..

boni kacak said...

serius best cerita tu??? wah.. ni yang nak kena tengok ni..