Wednesday, January 23, 2013

Sedih Bila Tengok

Ok! sebelum apa-apa terjadi, krole nak beritahu kepada semua yang orang-orang didalam gambar ni tidak ada kaitan langsung dengan cerita yang krole nak kongsi dengan korang kejap lagi. Ia hanyalah sebagai hiasan semata-semata (ambil kat google). Nanti tak pasal-pasal aku kena saman pula dengan mereka-mereka ni hihihi oklah! nak cerita ni... hari ini krole bawa Mrs. krole makan kat luar tapi... tak adalah pergi ke tempat-tempat istimewa macam restoran 100 bintang tu! kitaorang pergi makan kat restoran biasa yang tak berbintang saja. Dipendekkan cerita, waktu kitaorang nak keluar dari restoran tu tiba-tiba ada satu mamat ni terlanggar krole pergh! nak terlambung juga krole waktu tu. Cepat-cepat krole pusingkan badan kerana nak tengok siapa yang berani sangat melanggar jejaka idaman malaya ni (ok anda boleh muntah sekarang). Pergh! terkejut babun krole waktu tu, rupa-rupanya orang yang langgar krole ni jenis yang tersalah identiti atau kasarnya pondan.

"Hei! apa ni!" katanya, aduh! aku yang kena langgar... aku pula yang kena marah! dahlah suara dia boleh dengar satu pekan waktu tu. "Em... sorry ya, tak nampak tadi" Mrs. krole senyum lebar dah kat tepi. Pondan tadi dengan muka bengis terus membuat pusingan ala-ala model dan terus beredar pergi. Waktu tu krole siap nampak lagi ada dua tiga orang pakcik bergurau dengan pondan tadi (pelik selera pakcik ni?), bila ternampak benda macam ni pergh! serius beb! sedih krole tengok, runtuhnya akhlak orang kita hingga agama dibelakangkan. Bila ditanya kenapa jadi macam ni mesti diaorang-diaorang ni akan jawap " naluri kami dah macam ni, nak buat macam mana?" aduh! tak takutkah dengan laknat Allah S.W.T, nak tunggu langit runtuh baru nak berubahkah? aduh! krole sentiasa doakan agar orang-orang yang macam ni akan dibukakan hatinya untuk pulang semula ke jalan yang benar, dan nasihat krole kalau nampak orang macam ni, janganlah hina mereka, kalau boleh pimpinlah mereka. Oklah malas nak bebel panjang, happy blogging semua.



p/s : maaf sekiranya ada bahasa-bahasa kasar dalam entri ni~

16 Komen:

Cik Cammy Lia said...

tu alasan bajet nak slmt..pdhl naluri ke ape ke boleh dibentuk..dh dia plih jln tu, so jdi lah mcm tu.. Ntah la x phm ngn dorg ni..Jauhkan lah drp keturunan sy ad yg terslh identiti cmtu huhu..

Gadis Desa said...

Bls knjungan n follow sni.. isi tabung kat sni.. :)

saya pun hrp di jauhkan kuarga saya dari jd mcm tu... :)
(ayusham http://eiqaleysha.blogspot.com)

Mar Haini Abdul Rahim said...

betul2.. mmg sedih tgk huhu, tp tu la kt sbg msyrkt xleh sisihkan mrk kn, mrk smua dpt ujian hebat dr Allah.. smg dibukakan pintu hati mrk~

el said...

hahahahaha untunglah kena langgar ngan cik pon..ekekekekeke

tp siyes ada cik pon yg lawo kalah anak dara ok

berdoa je lah spy mereka ini kembali pada hukum Allah yang sebenarnya

Eena Arrina said...

tak marah,suka aje.hihi hai beb,jom foloww2 singgh blog dulu, baru tahu :)tapi pondenn tu takde la.kucing ade la.hihih

deqjamucuxx said...

ada nmpak cam preety zinta takk ? hihi :)
pakcik2 tu nak ngusik je koooottt...

Zalin Mansor said...

doa yg baik2 je bro..

boni kacak said...

sebab tu kita kena kembali kepada hukum 'Dia' :)

puteri kasih said...

moga pintu hati mereka terbuka untuk kembali ke pangkal jalan.

baru pagi tadi ternampak sorang yang sebegitu di pasar. Bergaya mengalahkan model..terlampau seksi. Terdetik juga di hati, apa kena perempuan ni pakai seksi macam tu untuk datang beli ikan. Tapi bila dengar suara, baru tau itu bukan wanita tulen..hurmm.

Wan Ahmad Izudean said...

pakcik2 tu saje nak usik kot..
bila manusia jauh dari hukum2 Allah..

sabella mohamad said...

untung ler kena langgar dengan cik pond . hahaha .

papepun , kita doakan yg terbaik untuk dia . moga dia kembali ke landasan yg sebenar ;)

khairul akmal bin azman said...

tahukah anda pondan nye tenaga still seorang lelaki even nalurinya nak ke perempuan..

ASYRAF LAZIM said...

ini lah jadinya bila agama diketepikan.

cweet pinky said...

haish , macam2 kan ? tuh la pengajaran bagi kite jugak , kadang2 jaga mulut , kalaw kite nampak diorang nih , jangan mudah hina jugak , kadang2 kite tataw kisah silam diorang yang membawa diorang bersikap macam nih kan ...

iAmCekbolat said...

hahaha . sajee nak usik kut ?

Cikgu Jaja™ said...

heheh..

xtau nak komen apa..Allah beri akal cukup normal utk berfikir..

salam maulidurrasul krole