Tuesday, January 15, 2013

Rekaanku Diterima

Yeah! gembiranya rasa hati ini! sebenarnya bulan lalu Guru Besar tempat Mrs. krole mengajar meminta pertolongan dari krole untuk mereka cipta sebuah logo untuk sekolah mereka dan secara tidak langsung akan dijadikan lencana sekolah yang rasmi. Pergh! waktu tu memang krole tak berkeyakinan sikit pun, tapi disebabkan Mrs. krole suruh cuba... so krole cubalah. Ohya mesti korang hairan kan? macam mana pula tiba-tiba Guru Besar sekolah tu terfikir nak minta tolong dengan krole kan? begini ceritanya... sebenarnya Guru Besar sekolah tu rapat dengan Mrs. krole, kira sahabat baiklah katakan. Mrs. krole pun rapat dengan anak-anaknya yang merupakan anak murid Mrs. krole, kena pula anak Guru Besar tadi kuat main facebook... dan difacebook anak Guru Besar tadi add kita orang sebagai friends (krole dan Mrs. krole hanya guna satu akaun dalam muka buku).

Bila dah friends tu... secara tidak langsung semua gambar yang kita orang upload semua diaorang komen dan like, dan secara tidak langsung sekali lagi... banyak gambar-gambar yang krole edit dan upload difacebook diaorang nampak, dan secara tidak langsung lagi sekali mak mereka merangkap Guru Besar pun nampak, dan sekali lagi secara tidak langsung mak mereka tahu yang krole pandai edit gambar huh! aduh! letih pula... banyak betul secara tidak langsungnya ni. Dipendekkan cerita, krole reka satu logo untuk sekolah tu dan hantar kepada Guru Besar tersebut hm... nak sebulan juga tak dengar apa-apa cerita dari diaorang tapi tiba-tiba petang tadi waktu Mrs. krole balik dari sekolah, beliau kata yang rekaan krole dah disahkan oleh jabatan mereka dan akan dijadikan sebagai logo rasmi sekolah mereka pergh! macam krole nak lompat katak seratus kali depan Mrs. krole tadi hahaha! bestnya... tak sangka pula rekaanku diterima, rezeki yang tidak disangka-sangka, oklah happy blogging semua.


p/s : seronok tak terkata~

21 Komen:

puteri kasih said...

secara tidak langsung puteri nak komen..memang terbaik la bro :) hehe

Qarr Jalil said...

tahniah bro..

bukan sng tu :)

Donny Ien said...

tahniah bro! pandai bro buat logo tu.

zila manaf said...

hebat bro!!

Cik Cammy Lia said...

wahh....hebak la awak...hehe.. reka lencana sekolah tu....mmg jadi kebanggaan la.. :-)

MizzTina said...

tahniah..tahniah...

Edy Fee said...

jasa yang besar.wahh tahniah! bangga woo

krole said...

puteri kasih : huhu secara tak lansug yew wak~

qarr : tu r bro...bestnye~~~

Donny len : cba2 jew bro,cme tak dpt nak bg korang tngok..krole tak dak smpan logo tu~adus

krole said...

zila manaf : thanks wak~

cik cammy : tu r wak~bangga jgk krole..le ceta ngan ank2 nnt huhuhu~

MizzTina : huhuhu thanks wak~

krole said...

Edy Fee : thanks bro...tu r,tak sangka plak~hihihi

deqjamucuxx said...

wuuuu...dasyattt2.. buleh cerita dekat cucu2 nanti. haha :)

tahniah.. ce tunjuk ckit logo a,k,a lencana kolah tuu..

boni kacak said...

wah...terbaik bro. tahniah. mana tau lepas ni boleh teruskan lagi ambil tempahan reka logo.. boleh buat rezeki sampingan tu :)

aSmiDar said...

eh..sekolah tu xde logo lg ke?
bru bkak eh?ke mcne?
kurang kefahaman disitu..
pending plok memalam ni...toyi...)

KM7 said...

wah... krole memang berbakat...tahniah.

iAmCekbolat said...

tahniahh . lepas ni buat kat bolat . kehkeh

cweet pinky said...

teringin CP nak tgk logo yang cik krole buat , wah tahniah aw , kejayaan besar tuh !(^_~)Y

Wenwink Kidu.Duki said...

secara tak langsung tolong la edit gambar sy pla krole hehehhe

krole said...

deqja : tu r wak thanks yew~sorry wak..krole takdak simpan adus~sorry yew~

Boni : tu r bro..sonok sgt huhuhu~

asmidar : skolah tu lama dah tp mmg tak ada logo, skolah kerajaan negeri bahagian pendalaman~

KM7 : thanks bro~hihii

Bolat : huhu..oraitz..

CP : sorry wak yew...krole takdak smpan gmbar logo tu...tp insyallah krole dptkan jgk n share ngan mmber2

wen : bule bah kalo ko wen~

Wenwink Kidu.Duki said...

hahahhaha ok bkn satu tp 10 la. hahahaha sapa suruh ko ckp boleh. :P

AyueJean said...

Wahhhhh tahniah....
Happy kan bile tau hasil keje kite diikhtiraf...=D

shaiful zaidi said...

wow..tahniah !