Saturday, July 30, 2011

Movie Real Steel

Tengah krole melayari internet tadi terjumpa pula benda ni~ em... krole tak tahu benda ni masih baru lagi ataupun orang ramai dah lama tahu??? tapi krole nak kongsikan juga kepada korang semua, bagi yang belum tahu cerita Real Steel ni merupakan filem terbaru arahan Shwan Levy hah!!! siapa tahu pengarah ni??? hehehe tanya orang sebenarnya krole pun tak tahu ngeee~ tapi kalau kita tengok trailer dia kat youtube pergh!!! memang best siot!!! teknologi effect yang digunakan mereka untuk membuat filem ini memang dahsyat!!! kalau korang tak percaya cuba tengok kat youtube. Cerita ini mengisahkan tentang seorang peninju Charlie Kenton yang dilakonkan oleh Hugh Jackman (pelakon utama) yang kehilangan peluang menjadi juara tinju kerana pada masa itu robot telah mengambil alih dalam arena pertinjuan. So dipendekkan cerita dia pun membuat pakatan dengan anaknya Max (Dakota Goyo) untuk mencipta sebuah robot.

Aksi-aksi yang ditunjukkan dalam trailer cerita ini pun amat menarik... lain dari yang lain, selalunya bila tengok robot komfirm terus fikir transformer, tapi rasanya lepas ini tidak lagi... "Real Steel" dijadualkan akan keluar pada oktober tahun ini, huh!!! tak sabar rasanya krole nak tengok... harap-haraplah lebih awal cerita ini ditayangkan yeah!!! happy blogging semua~




p/s : dush..dush!!!

2 Komen:

Anonymous said...

ohh kire nye transformer dah ade pesaing la ni. hikhik

krole said...

silah=huhuhu..kte tngok nnt camne ek~