Saturday, June 22, 2013

Kenapa Perlu Undi Krole

Huh! rasa macam sekejap saja... Pejam celik rupanya hari ini merupakan hari terakhir untuk mengundi kategori-kategori dalam DiGi wwwow award tu. Kenapa perlu undi krole? pergh! soalan cepu emas tahap gaban dah ni. Sebenarnya krole pun tak tahu nak kata macam mana? hm... Kalau nak kata krole ni popular, huh! jauh lagi kot nak sampai tahap tu. Kalau nak dikatakan krole ni berpengaruh dalam persada blogging ni huh! rasanya tak sampai lagi kot. Kalau nak kata krole ni blogger tegar huh! rasanya... Adalah sikit-sikit hahaha!.

Krole tak pernah sertai sebarang aktiviti berkaitan blogger ni... Kalau nak diikutkan hati ni rasanya macam nak saja turut serta asal ada aktiviti blogger tapi... Jarak jauh beb! (tak mampu). Bagi orang seperti krole ni.... Dapat berblog adalah satu perkara yang luarbiasa sangat. Walaupun kadang-kadang tu asyik dipersenda rakan taulan kat kampung ni "aduh! krole... untuk apalah berblog ni... buang masa saja". Hahaha! tapi krole tak pernah ambil hati pun, biasalah bersahabat... Kita berbaik sangka saja kan?. So krole harap platform DiGi wwwow award ni dapat merubah persepsi sahabat-sahabat krole ni.

Sebab... semenjak krole berblog ni taklah kenapa? terasa luas saja ilmu ni. Sebelum ni... kalau bersembang dengan rakan taulan selalunya krolelah yang duduk tepi mendengar dan berkata "oh... macam tu". Sekarangni syukur sangat... apa yang krole dapat pelajari dari dunia blog contohnya berkaitan agama pasti akan krole kongsi dengan mereka semua. Hinggakan ada seorang sahabat kata yang krole ni kuat membaca sekarangni, walhal krole hanya berblog hm... banyak kebaikkan berblog ni sekiranya kita mengunakannya dengan sebaik-sebaiknya. Oklah! kalau nak undi krole sebagai "blogger of the year" sila klik sini ya. Undi dari anda amat krole hargai, kalau boleh pakat-pakatlah satu kampung undi krole ya (amboi). Happy blogging semua.



p/s : tak ada perkara mustahil didunia ini, asalkan kita berusaha... rezeki itu Allah yang tentukan~

9 Komen:

el said...

tulah krole
el pun sm lau ada aktiviti blogger2 special event2 nuff nak nak je joint..tp asik buat kl kl kl kl..kan blogger ni satu malaysia..cer buat sllu event2 tu gilir2 negeri2..boleh lah blogger2 yg jauh2 tu join x betul otai krole hahaha

gud luck krole for dg WOW..

Akupenghibur.com said...

acik dah vote, good luck

Fais-SKA said...

he3 ambe dh undi bro krole..gudluck bro :)

ZIRAHNAMIA said...

semoga berjaya bro :)
Jom singgah ZirahNamia's Blog

Unknown said...

Tahun depan KROLE vote saya pulak tau...hehe

Unknown said...

Cik akak tak de masalah nak klik-klik bagai cam nie...hihi...yang penting bagi upah coklat dulu...hahaha...:)

sekarang juga cik akak vote :)

Mizz Aiza said...

aiza dah undi untuk krole.. good luck.. :D

Khamsi Abdullah said...

blogging memang one of ways to gain lots of knowledge.. penyampaian blogger pun banyak y bersahaja y buatkan kita dapat blaja dengan santai..kennnnnn? :)

Anonymous said...

Smoga maju Jaya...
Pesaingan secara sihat yea... (^_^)