
Sebelum krole mulakan entri kali ini saja nak beritahu kat korang semua, minggu ini krole kerja malam uwah!!! so masa untuk online agak kurang, kerana masa yang selalu digunakan untuk online diisi dengan aktiviti tidur hahaha!!! ok, disini krole ingin mengucapkan
billionan jutaan terima kasih kepada member-member semua yang mengucapkan tahniah kepada krole dalam entri yang sebelum ini, dan disini krole ingin memperbetulkan beberapa perkara~ krole baru saja melangsungkan majlis pertunangan ya bukannya kahwin hehe... kerana ramai yang sangka krole melangsungkan perkahwinan pabila melihat gambar yang krole muat naik hari itu??? dan krole ingin memberitahu kepada semua, kerana ramai yang tanya??? krole akan bernikah pada tanggal 30/09/2011 sekiranya tiada halangan (krole harap tiadalah apa-apa halangan). so kepada member-member yang nak datang nanti amat krole alu-alukan.