Sunday, January 20, 2013

Stress Itu Tekanan

Stess itu tekanan... Aduh! belum mula lagi taip entri ni rasa macam tekanan pula krole hahaha! terlebih sudah. Ok-ok straight to the point, kalau ditanya kepada semua hm... mesti ramai yang tak suka benda stress... stress ni kan? tapi dah lumrah kehidupan, macam mana kita cuba sehabis baik pun mesti sekali sekala kita akan rasa stress juga. Tak kiralah stress terhadap diri disebabkan jerawat tumbuh bertingkat-tingkat kat hidungkah, stress terhadap kerja kerana terpaksa menghadap  file yang berlambak kat atas meja kerja setiap hari, stress terhadap sekolah kerana kerja sekolah tak pandai nak habis-habis, stress kat jiran sebelah sebab dia baru beli peti sejuk baru tapi habis satu kampung dia bagitahu hahaha! kesimpulannya hidup kita tak akan sempurna tanpa stress ni. Kalau langsung tak stress? pergh! confirm aku bagi tabik spring pada orang tu, sebab dia dah layak masuk tanjung rambutan hihihi (jangan marah ya). Bohonglah kalau ada orang di dunia ini mengaku yang dia tak pernah stress dalam hidup kan? 

Yang penting cara kita menangani stress ni? macam sesetengah warga kota raya, bila stress saja confirm diaorang akan ambil cuti bagi yang kerja dan terus balik kampung, kerana kat kampung tenang dan udaranya nyaman katanya, dan ada juga segelintir tu akan buat perkara-perkara yang diaorang suka, senang cerita hobilah kan. Ada yang lepak-lepak kat taman, berjogging, mandi manda kat pantai, dan memancing dimana-mana kolam ikan yang ada di bandar tu. Lain pula cerita dengan orang diluar bandar, bila tekanan saja confirm bandarayalah hala tuju mereka, pergi membeli-belahlah, pergi lepak kat tepi lapangan terbanglah sebab boleh tengok kapal terbang mendarat atau berlepas (huh! boleh hilang stresskah macam tu?). Macam aku pergh! stress ni macam dah jadi kawan baik aku sekarangni... tapi macam orang lain juga aku ada cara aku sendiri, macam aku ni... aku lebih kepada bersendiri ketika stress dan aktiviti aku pula, edit gambar hihihi... nak kata handal tu hm... tak juga, tapi bolehlah. Seronok edit gambar ni, macam sekarangni aku asyik edit gambar Mrs. krole saja, contohnya kat atas tu. Macam mana ok tak? sejuk mata memandang, hilang semua stress krole. Oklah sebenarnya nak kongsi ini saja, happy blogging semua.



p/s : jangan stress-stress~

15 Komen:

CD said...

ada orang cakap, klo nk tangani stress, enjoy the stress!! erk.. hahaha..

Unknown said...

kalau stress saya suka tidur.. abngun tidur stress pun hilang hehe

Shaiful Zaidi said...

Ada 2 jenis stress iaitu eustress dan distress.

khairul akmal bin azman said...

kalau stress.. suka gi karaoke jew...

Unknown said...

mmg tgh stress ni hihi.. tp bile tgk ade seorang kakak ayu di kelilingi bunga cantek.. sejuuk mata cm kena ais :D *kemsalam akak cun eh ^^

puteri kasih said...

bila puteri stress puteri suka buat kraf..hehe

p/s wah mrs krole berada di taman bunga ciptaan bro krole..hehe

dariilhamkehati said...

hehehe , wah , sweetnye cik krole kiter nih , CP kalaw stres , em , CP training silat je :P heheheh ~

reply dari entry CP :

hehehe , tataw la serius ker tak , yang pasti , CP suke la , CP tataw orang laen suke ker tak citer azura nih , hehehe ~ CP pown baru taw pasal citer nih

kak tie said...

cantik pict tu

Anonymous said...

deqja stress ? makan laaaa.. haaha

btw, pic tu Awesome !

panda montel said...

stress? hahaha ntah tengok movie kalau sy. hahaha movie yg gila2. atau selalunya tengok Just for Laugh. hahhaa

Encik Bell said...

cara nak tangani stress ialah jgn anggap benda tu stress!! hahaha

boni kacak said...

pergh..dah jadi kawan baik dah dengan stress.. kalau macam tu, den nak berkawan baik dengan gembira lah..hehehe

Miss Zahirah said...

tension betul kartun ats tu.. hihihi

SHAHIDA SHIDA said...

stress stress...ahaha

krole said...

to all : huhu tu r, so apa yang penting mesti pandai tangani stress ni sebab selalunya kalau layan sangat stress ni confirm banyak negatif dari positif