Friday, January 4, 2013

Menanti Keajaiban Itu

Rasanya bukan diriku seorang saja yang sentiasa mengharapkan satu keajaiban berlaku didalam hidupku, asal namanya manusia biasa pasti perasaan menantikan sebuah keajaiban ada dalam tiap diri kita. Begitu juga dengan diri yang kerdil ini, aku sentiasa mengharap dan berharap yang akan ada satu perkara yang ajaib berlaku ke atas diri yang biasa ini, aku sentiasa dibelakang tabir melihat kejayaan rakan-rakan dan keluargaku. Mereka diibaratkan sudah pergi ke bulan manakala aku masih lagi merenung bulan dari jauh dan berharap mudah-mudahan satu hari nanti diri ini boleh sampai ke sana. Dalam tiap apa yang aku lakukan dalam hidup ini, hm... rasanya belum ada lagi yang boleh dibanggakan seperti pencapaian mereka yang lain. Bila bercerita tentang pendidikan pergh! mereka telah sampai ke menara gading manakala aku hanya boleh mengucapkan tahniah kepada mereka. Bila bercerita tentang perkerjaan pergh! mereka boleh dikatakan berada diatas sekarang ini, manakala aku masih dibawah... hanya mampu menyanjung mereka dari jauh.

Kadang-kadang aku rasa geram sangat dengan diri ini, kerana tak dapat nak capai apa yang mereka boleh capai... salah siap? salah diriku sendiri. Kalaulah masa itu boleh aku putar... tapi semua itu hanya boleh berlaku dalam komik doraemon saja, kini aku hanya boleh melihat kejayaan mereka bertemankan air mata didalam kegelapan. Aku syukur dengan segala apa yang aku ada sekarang tapi... sekarang aku sudah berkeluarga... tanyalah mana-mana suami? suami mana yang tak nak berikan kesenangan kepada teman hidupnya? pasti semuanya akan menjawap "ya"... begitulah juga diriku, kalau boleh aku mahu beri semua kesenangan dalam dunia ini kepada "teristimewa", aku ingin melihat dia sentiasa senyum gembira... tapi sekuat mana aku berusaha aku tidak dapat berikan yang terbaik baginya seperti mereka yang lain. "ya Allah sikit hari lagi aku akan menjadi ayah... kuatkanlah hatiku, kuatkanlah keimananku, kuatkanlah kecintaanku kepadaMu, permudahkanlah urusanku agar aku dapat memberikan yang terbaik kepada keluargaku". Aku tidak kisah kalau hidup aku susah asalkan keluarga aku senang, aku sentiasa berharap agar mereka tidak akan merasa kesusahan yang aku alami sekarang ini. Biarlah... asalkan mereka gembira sudah cukup bagiku. 



p/s : ...........

12 Komen:

-meeSUPERGIRL- said...

selalu mgharapkan sesuatu itu . selalau sangat . tp bila dfikirkan balek tiada senang tanpa usaha :)

Anonymous said...

Insya ALLAH. awak akan dapat capai apa yang wakk nak.. USAHA lagi.

caiiyyookkkk3

Unknown said...

insya allah..usaha yg berterusan akn mbuahkan hasil
dan yg ptg..
merasa bahagia dgn apa shja yg kita lakukan
teruskan usaha ye..

Unknown said...

ait ait en krole ! keep strong yeah.. istilah 'terbaik' sgt berbeza bg stiap org.. berilah kesenangan di sini & di SANA buat yg teristimewa :)

#tahniaahh bakal jd papa :D

psst.. mar pn slalu bharap keajaiban ^^

Luqman Zakaria said...

same lah macam aku...masih merenung bulan dari jauh ..sedangkan orng sudh kesana..

iAmCekbolat said...

sabar papa wannabe . semua ada hikmah ! goooooo papa wannabe ! yeyyeyyyy

Unknown said...

lek ko bro...
formula = Doa.Usaha.Ikhtiar.Tawakal = InsyaAllahn result yg baik...

salam subuh.nda dapat tidur pnya pasal.nasib sok cuti.merayau la p cni huhu

Anonymous said...

Buat suamiku yg tersayang..bgku dirimula yg paling terbaik dalam hidup ni..aku sgt2 bersyukur dan beruntung dapat menjdi isterimu wlupun diri ini byk jua kkurangan..yakinlah bhwa setiap yg berlaku itu ada hkmahnya yg tersembunyi..teruskan saja usaha dn tanamkn kesabaran yg kuat dalam diri..aku sentiasa ada disisimu wluapapun yg terjadi...

dariilhamkehati said...

cik krole , betul tuh , siapa pown mengharapkan yang terbaek m, semua orang tak terkecuali , apa yang tinggal kini , usaha la ....

ALLAH sayang pada mereka yang berusaha kan ? :)

Mila Ahmad said...

selalu berpegang pada pepatah ini
nak seribu daya tak nak seribu dalih...In Sha Allah mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku...

krole said...

thanks all...insyallah dalam hidup ni aku tak akan berputus asa...dan hihihi rupanya Mrs.krole ada terbaca entri ni hihihi...thanks yang~

puteri kasih said...

bro krole, jangan membandingkan diri dengan orang lain. Setiap manusia telah diciptakan dengan keistimewaan dan kekurangan tersendiri. Terpulang kepada kita untuk mencorak masa depan kita. Tidak semestinya andai seseorang itu telah berada di puncak bermakna dia telah berjaya dalam hidup. Adakalanya mereka yang masih merangkak di bawah lebih berjaya di mataNYA.

Jangan sesekali patah semangat yer bro :)