Tuesday, May 28, 2013

Headband Untuk Baby Zahrah

Alhamdulillah bulan ni murah sedikit rezeki krole dalam berniaga ni, so bila ada duit lebih sikit ni teringin juga rasanya nak beli benda-benda aksesori bayi ni untuk baby zahrah hihihi. Kalau nak diikutkan banyak dah aksesori baby zahrah ni, sebab ramai rakan-rakan krole yang hadiahkan, itu tak termasuk lagi rakan-rakan mukabuku dan blog ni. Terima you all, moga Allah murahkan rezeki korang semua. Ok! kalau nak diikutkan baby zahrah ni tak suka pakai aksesori-aksesori untuk kepada ni seperti topi, bila krole dan mrs. krole pakaikan saja confirm dia buka balik, lepas tu siap buat muka merajuk lagi, alalalala... comelnya anak ayah bila merajuk hihihi (muka merah padam).

Tapi tak tahu kenapa? benda alah yang bernama headband ni boleh pula melekat terus kat kepala baby zahrah... dari air muka baby zahrah juga jelas nampak yang dia suka sangat pakai headband tu huhuhu. Syukur sangat baby zahrah suka headband yang krole beli. Ada 2 jenis headband yang krole beli dan kat gambar ni adalah salahsatunya (nanti krole update yang satu lagi). Teringat pula kata nenek zahrah haritu 'wah! dah macam bunga kembang cucu nenek ni..." hihihi! seronok beb!. Cuba korang tengok gambar kat atas tu? baby zahrah berphotogenic hahaha! comel sangat, waktu ambil gambar ni habis pipi baby zahrah dicubit oleh nenek dan atuknya hahaha! (mungkin geram kot?) oklah krole ada kerja sikit ni, so happy blogging semua.



p/s : comel~~~

19 Komen:

Tia Fatihah said...

zahrah? cantik nama. semoga bila dia besar nanti secantik nama yang diberi ibu dengan ayah dia :)

D_08 said...

baby kalo dipakei headbnad ni mmg comei..... dengan tembam nye.... ishhh... geram beno..ghase nak tambah anak lagi leeee

el said...

hahah salah tekaan den
amboiii tudia seketul bapak ang beli headband...comey sgt lah

puteri kasih said...

comeynyer baby zahrah. tembam pipi dia rasa nak cubit juga...hehehe

ifah dafila said...

subhanallah, comey nye zahrah !! geram nak cubit ppi die :D

fadh leyanie said...

mmg sesuai dgn nama dia, Zahra..:)

Chekgu Anitt said...

wahh..tembam tul baby zahrah.
geram nk cubit2 pipi dia..
comiey ssgt dgn headband tu..

hana hadi said...

besar giler. mau zahrah xsuka..nnt mesti anak2 jiran jelous tengok headband tu. hehe

caliph shuriken said...

wahh, sini pun ada bb ^^

*dak kecik klau rimas dgn headband mmg suka tarik buang, huh...

Aku Penghibur said...

ala nama cantik.. dan comel...aloo makin comel :)

potia casadelarossa said...

olololo... bam bam pipi dia... cubit kang...

PeRdU cINta said...

zahrah boleh jadi model headband lorr..so cute and sweet..terbaiklah baby zahrah..be good daughter ok..

Mieza Jhaa K said...

Comelnyaaa budak nii...putih melepak..

MizzTina said...

alahai comelnya...

Cikgu Norazimah said...

bambamnya ! untung ler baby gurl leh pakai aksesori bagai..Irfan ni nak melaram sgt pon takleh..hehe

ima salsuzaima said...

comel.. :) tapi ok la dia x berapa suka pakai aksesori kepala. x bagus untuk baby.pernah terbaca tentang ni. nanti leh la search :)

farah.fauzi said...

comel :)

Mia Liana said...

comelnya..... sofea pula masa kecil, taknak pakai headband ni... dia macam rimas.... last2 kak mia bagi headband pada anak kawan...

Zaharah Jamilah said...

amboi.. comelnye die