Monday, May 27, 2013

Siapa Sangka

Seawal pagi tadi krole dapat panggilan telefon dari ayah "krole... sibuk tak hari ini? boleh tolong ayah?". Pergh! jarang sekali ayah minta pertolongan dengan krole, so sepantas lipas kudung krole menjawap "hari ini tak sibuk... kenapa ayah?". Oh... rupa-rupanya ayah nak minta tolong kemaskan stor kat rumah, "oh... itu perkara senang ayah, 5 minit lagi krole sampai" kata krole dan terus memanggil mrs. krole untuk mengemas barang-barang yang perlu untuk dibawa ke sana. Selang 30 minit krole sekeluarga pun sampai ke rumah ayah aik? bukan krole kata 5 minit tadi hahaha!. Waktu sampai tu krole nampak adik bongsu krole tengah membersihkan stor yang terletak dibelakang rumah ayah seorang diri, "bro! lek lu...! kejap lagi gua join". Setelah selesai mengangkat barang-barang keperluan baby zahrah masuk ke rumah, krole terus ke belakang untuk membantu adik bongsu tadi. Waktu tu sempat juga krole tengok datuk dan nenek baby zahrah bermain dengannya hihihi... ini mesti kes rindu yang teramat ni. Cuma yang sedihnya tak sempat nak capture moment tu... 

Ok! berbalik semula kepada cerita pembersihan stor tu... pergh! tak sangkat banyak juga barang yang ayah tak gunakan dan nak buang ni huh! berpeluh juga satu badan, tapi dalam masa yang sama seronok juga... sebab jarang ada masa begini dengan keluarga hahaha. Waktu tu krole tengok kebanyakkan barang ayah yang nak dibuang ni adalah besi?  "ayah... betul ayah dah tak nak barang-barang ni?", ayah hanya menganguk. So tiba-tiba datang idea bernas kat kepala otak krole ni ting! (mentol menyala atas kepala). "dik... apa kata barang-barang ni kita jual kat besi buruk... macam mana?". "setuju!" jerit adik krole sambil melompat-lompat kegembiraan? (ok ini cuma gurauan saja). So lepas meletakkan semua barang-barang tadi ke kereta krole, kitaorang terus bertolak ke tempat jual besi buruk yang terletak berhampiran pekan beaufort ni. Akhirnya buat pertama kali, krole berjaya menjual besi buruk hari ini yeah! dan keuntungan tu krole bagi sama rata dengan adik bongsu, sebab ayah tak nak... ayah kata "itu rezeki korang...". Terima kasih ayah hihihi... siapa sangkakan? kalau dah rezeki macam-macam cara ia akan datang kan? hasil jual besi buruk tadi krole buat bayar bil internet dan beli barang sikit untuk baby zahrah dan mrs. krole, alhamdulillah. Nanti krole cerita lagi tentang ni dengan korang semua ya, so happy blogging semua.



p/s : nak tahu apa yang krole belikan untuk baby zahrah? ok esok krole cerita ya~

7 Komen:

puteri kasih said...

rezeki sebab bro krole dan adik rajin membersihkan stor :)

Sop said...

rezeki tuh
lepas byr bil dah kira bagus :)

potia casadelarossa said...

mesti dapat upah kot ekeke

el said...

ini sure mainan tuk bb zahrah kan..hehehe...rezeki bb zahrah tu

Mieza Jhaa K said...

haa kan dapat upah mengemas stor dengan jual besi buruk tu..bagus2..

Md Syukran said...

how about my money bro ? XD

caliph shuriken said...

smoga trus murah rezki, bro ^^