Tuesday, May 21, 2013

Sudah Memadai Bagiku

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi... sepanjang kehadiran baby zahrah dalam hidup krole dan Mrs. krole, rumahtangga kitaorang semakin berwarna-warni seperti pelangi selepas hujan yang lebat. Kehadiran baby zahrah banyak memberi pengajaran kepada krole dan Mrs. krole terutamanya dalam pengaturan masa yang lebih sistematik dan tepat. Pergh! bila dah ada anak ni serius beb! kena pandai atur masa... kalau tak semua benda tak jadi wo! hahaha! dan kalau nak cerita pasal letih tu hm... senang cerita baby ni bila membesar masa tidurnya semakin berkurang dan masa berjaganya pula bertambah... macam krole sekeluarga sekarang, selalunya baby zahrah mesti akan terjaga dalam jam 12 tengah malam ke atas... so kenalah krole dan Mrs. krole bergilir-gilir mendodoi baby zahrah hingga beliau tidur semula.

Seronok beb! mendodoi ni... tambah-tambah lagi apabila dodoian kita berjaya hahaha! waktu tu terasa macam nak menjerit sekuat hati... tapi... tak jerit pun, nanti tak pasal-pasal masuk pusingan kedua pula dalam aktiviti mendodoi hahaha!. Ramai juga rakan-rakan krole yang masih bujang bertanya "wei! krole...! tak letihkah jaga anak kecil ni?". Hahaha! selalu saja rakan-rakan tanya pasal ni... hm... mungkin nak kumpul semangat nak kahwinlah tu hahaha! ok! bila kena tanya macam ni senang saja jawapan krole... "memang letih beb! tapi tak tahu nak cakap macam mana? bila kau nampak wajah anak kau yang tersenyum pergh! confirm tak ingat dah semua letih-letih tu...". Selalu rakan-rakan krole tak berapa faham bila krole jawap macam tu, ala! biasalah... diaorang tak rasa lagi, nanti diaorang fahamlah tu. Bagi krole seronok sangat menjaga baby zahrah ni... asalkan krole tengok baby zahrah gembira sudah cukup memadai bagi diri ini. Oklah krole nak sembang-sembang dengan baby zahrah dulu so happy blogging semua.



p/s : ayah sayang zahrah~

10 Komen:

Mieza Jhaa K said...

Benar sekali..penat tapi happy.. semoga Krole bahagia bersama anak isteri..

Lama tak datang blog Krole.. Baru sempat update blog ekk

nuyui a.k.a miss YUI said...

ololo..comelnya bby dia..hihi..

p/s: debaran interview =)

iAmCekbolat said...

comelnyaaaa . adudududdu tak sabar nk khwin ni . ekekekeke

Nurul Farahizzati said...

betol! kalau dodoi tak berjaya, siap menangis meraung tu, rasa geram+ give up je.. hehe..

siti suraya said...

Alahai comelnya baby :)

Sop said...

itu ler kelebihan anak
penat cam ner pun kita akan layan :)

hana hadi said...

dodi tangan ke? dodoi buaian? bleh x sambil dodoi sambil berbloging. hehe ke susah?

fyna said...

alololo..comelnya dia. suka tgk mata zahrah.

krole said...

to all : thanks uols..skngni krole nak kena blajar atur msa..keja...family and blog tersayang ni..inyaAllah akan sntiasa update blog bla berkesempatan~

fiza saiza said...

chumelnya baby zahrah...