Sunday, May 26, 2013

Akademi Fantasia dan UAI

Mesti ramai yang dah tahu kan? ala... pasal akademi fantasia nak bersiaran semula tahun ini? hah! tak tahu...! cantik! hahaha! ok begini ceritanya, setelah setahun program ini menyepi akhirnya pihak pengurusn yang terlibat (ASTRO) mengadakan semula program realiti mencari bakat nyanyian ni. Krole tengok... kat facebook dah heboh pasal benda ni, ada yang teruja dan tak sabar nak menantikan sesi ujibakat, dan ada pula yang tak suka dan benci bila AF ni nak diadakan semula (merajuk tak lepas ujibakat kot? hahaha!). Tapi melalui kajian krole sendiri AF kali ini unik sikit sebab para peserta boleh menyertai program ini secara solo ataupun berduet. Wuah! mesti menarik kan... rasanya kali ini krole nak joinlah, siapa yang sudi nak berduet dengan krole? hahaha! ok... tolong jangan percaya dengan kenyataan itu kerana sememangnya suara krole memang sumbang mumbang (tak pasal-pasal buat malu je pergi ujibakat hihihi).

Ohya! tak lupa juga krole nak ucapkan jutaan lemon tahniah kat Ustaz Azhar Idrus kerana telah selamat berkahwin pada hari ini... kalau tak silap krole ini merupakan majlis perkahwinannya buat kali ke-3, Kalau dah mampu zahir batin serta mendapat kerelaan para isteri kerana Allah, kenapa tidak bukan?. Perkara ini pun kecoh juga dilaman sesawang facebook kala ini, ada yang mengucapkan tahniah dan ada pula yang tidak berpuas hati... hm... biasalah manusiakan? kalau ada baik, mesti ada buruk. Kalau difikirkan betul-betul tentang perkara ni kita manusia hanya merancang, Allah S.W.T yang menentukan segalanya, so kalau Allah tak izinkan UAI berkahwin sekali lagi adakah anda semua rasa perkara ini akan berlaku? kan... so tak payahlah nak berburuk sangka tentang benda ni. Hm... oklah! rasanya sampai disini saja kali ini, sebenarnya nak dodoi baby zahrah ni, so happy blogging semua.


\
p/s : nanti krole update tentang baby zahrah ya~

8 Komen:

Mizz Aiza said...

tahniah kepada UAI.. :D

PeRdU cINta said...

owh kalau mr krole nak join AF tu ok lagi la..tapi kalau part yang kedua tu..ermm kesian Mrs krole dgn baby zahrah..ingatlah memori Mrs krole berjuang melahirkan baby zahrah.. :)

mselim3 said...

pape tahniah buat ustad azhar idrus.

mselim3

moga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.Amin.

el said...

bc lah fb rmi yg komen yg xleh bla..ada kata uai ni gatal lah..pas2 kuat nafsu lah hahaha..papepun dah mmg ketentuan dia berkawin 3 smoga kekal bahagia

Anonymous said...

akademi fantasia,zaman2 sekolah menengah dulu.haha

Poligami, kalau kerana Allah, insya'Allah berkat!

CD said...

AF ada lagi ke.. ingatkan dah terkubur..
saya menyokong poligami jika berkemampuan dan boleh berlaku adil .. ASALKAN.... bukan suami saya! hehe..

Unknown said...

tak berapa nak menyokonng AF dan segala hiburan yang lain..hehe.. Seorang ustaz macam Ustaz Azhar insyaAllah dia mampu berlaku adil..tak macam sesetengah lelaki yang kawen sebab rupa.. yg tua terus ditinggalkan..

caliph shuriken said...

ntah, mcm x patut jaa AF ada balik..

*ustaz tambah satu lagi, sy ntah bila, hukk...