Monday, May 20, 2013

Tangisan Berbunyi Ummi

Sebenarnya diri ini rindu sangat nak update tentang baby zahrah yang semakin membesar kala ini, kini baby zahrah dah pandai membuat bunyi-bunyian... seperti ooo! uhhhh! mmmmm! dan banyak lagilah. Bagi ibu bapa diluar sana mesti korang faham kan?. Hahaha! cumil sangat, nak dengar cerita best tak...? baru-baru ni krole ada beli dvd "lawak ke der 2" so waktu mood baby zahrah baik, krole dan Mrs. krole tontonlah cerita tu pergh! memang lawak beb! persembahan jozan memang terbaik, lain dari yang lain... kira nafas barulah katakan. Tengah krole dan Mrs. krole bergelak ketawa menonton cerita tu tiba-tiba haaaa! baby zahrah berbunyi seperti ketawa hahaha! waktu tu terus krole dan Mrs. krole berhenti melihat cerita tadi dan bermain dengan baby zahrah... seronok beb!(sampai hari ini belum habiskan cerita lawak ke der 2 tu hahaha!). 


Ohya! nak story sikit ni, baru kejap tadi waktu Mrs. krole tengah solat... baby zahrah menangis teresak-esak, pergh! terus krole dakap baby zahrah dan buat-buat bercerita dengannya "ummi tengah solat tu nak, tunggu kejap ya, kan ayah ada ni...." tapi usaha krole tak berjaya, baby zahrah semakin kuat menangis... terus krole mengangkat baby zahrah dan mendodoinya sambil berpusing-pusing kat bilik ni, tiba-tiba...? tangisan baby zahrah berbunyi seperti menyebut "ummi", terkejut krole waktu tu... bunyinya terang menyebut ummi, seperti baby zahrah sedang memanggil-manggil umminya yang tengah solat tadi. Waktu Mrs. krole siap solat terus beliau mendapatkan baby zahrah.... oh! rupa-rupanya baby zahrah nak menyusu, tengah baby zahrah menyusu tadi Mrs. krole berkata kat krole "abang dengarkah tadi?" rupa-rupa Mrs. krole pun terdengar tangisan baby zahrah seperti menyebut ummi tadi... kalau sekali tu tak apa... ni berulang kali tau. Indahnya ciptaan Allah kan, seronok melihat perkembangan baby zahrah dari hari ke sehari. Oklah maaf ya kalau sedikit tergantung entri ni, bukan apa... krole nak bawa Mrs. krole dan baby zahrah jalan-jalan kejap so until next time... happy blogging semua.




p/s : korang ada pengalaman macam ni kah?

10 Komen:

Sura Mohd said...

putihnyer baby Zahrah tu..gebus...
masa time gini memang kadang2 bunyi yg dikeluarkan tu cam clear jer..memang sronok bila dengar anak2 bleh keluar bunyi2 camni..miss that moment..:)

Nurul Farahizzati said...

subhanallah.. indahnya ciptaan-Nya.. mesti mr. & mrs. krole happy gila kan :)

Suria Lekatlekitgurl said...

kadang2 bunyi2 yg baby buat pun macam menyebut perkataan.. tu yg best :D

el said...

ha betul tu kdg2 bunyi2 yg bb kuarkan tu seakan2 sama..kdg2 ada bunyi ma..igt mama...pggey ba..igt babah..mcm2lah buyi yg kuar..tp sebenarnya el nah bc bunyi2 tu menunjukan bb lapar atau berak atau sebagainya..hehehe

Mohd Ghazali Abdullah said...

seronoknya main dgn baby...

adzairdawati makdara said...

aloolo tomeynyerrr dia

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

baby selalu camtu..sikit hari lagi dengar perkataan lain plk...

anak bunda dulu..sebutannya bunyi 'buah'..ntah buah apa dia mengidam kot dalam perut dulu ntah..

berapa bulan dah bb zahrah? anak pertama ke?..comey

Mieza Jhaa K said...

Cepat dapat bercakap ni agaknyaa...Semga menjadi anak yang solehah dan pintar..

tak tgk lagi lawak keder 2

Mieza Jhaa K said...

Baby Zahrah mmg cumil..putih melepak..

hana hadi said...

nanti zahrahpangil ummi dan abi ke?