Thursday, May 23, 2013

Memang Tak Patut

Baru kejap tadi krole terlihat drama tak bersiri yang mengisahkan tentang perpisahan diantara dua orang insan yang bergelar kekasih... Ohya! drama ni krole tengok kat facebook ya bukannya kat TV atau panggung wayang dan perkara ni benar-benar terjadi. Benda-benda putus cinta ni sebenarnya bagi krole adalah perkara biasa, kalau dah bukan jodoh macam mana lagi kan? takkan nak paksa orang cintakan diri kita kan? yang sedihnya salah seorang dari pasangan kekasih tadi adalah sahabat krole sendiri (identiti dirahsiakan), mula-mula si juliet update di facebook "hubungan kita sampai disini saja... kita putus". Lepas tu si romeo pula komen kat bawah "ala... nak cover malulah tu... untuk pengetahuan semua, saya yang putuskan hubungan ni ya". Aik? ada juga situasi macam ni ya. 

Rasa macam nak tergelak pun ada waktu mula-mula baca update diaorang ni... tapi... lama-kelamaan jadi serius pula? nak tahu kenapa krole kata macam tu? hm... dari update tadi membiak menjadi ruang meluahkan permasalahan hubungan mereka. Si romeo berkata begini, si juliet berkata begitu... maki-makian pun keluar hinggakan nama-nama binatang haram digunakan... Aduh! apa sudah jadi ni... terus krole klik button home, bukan apa beb! tak sanggup nak baca dah komen-komen pasangan romeo juliet tu tadi, sampai aib pasangan pun diupdatekan? aduh! dunia oh dunia, ada juga orang macam ni. Kalau dah tak suka tu, tak bolehkah berpisah secara aman? ni siap memalukan diri masing-masing lagi... ikutkan hati macam nak menyampuk saja tadi tapi... risau juga nanti tak pasal-pasal terbabit sama. Dahsyat juga orang bercinta sekarangni. Oklah~ thanks for reading and until next time... happy blogging semua.



p/s : tak patut~

14 Komen:

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

kan baik simpan saja, tak payah heboh2...tak mengaibkan sesape...

el said...

biasalah tu laman sosial dijadikan tempat luah perasaan maki hamun semua yg xelok..diorg igt itu semua diorg yg pya..sape x bc..adoiii
bgslah krole jauhkan diri dr mende tu...nti krole bc..wat sakit ati pulak hahaha..thx krole add fb el

fiza nss said...

dah menjadi perkara biasa kot bagi diorang...entah la ape yang diorg fikirkan..

Cik Bluewendy said...

lol.. ntah pape.. sian plak.. dibukanye aib org yg pernah kita syg

Nurul Farahizzati said...

HAIH.. apa jenis la ni.. zizie pernah je clash dgn mr. wonderwall, pastu dy update status, zizie pun update jugak.. tapi, sampai situ jela.. xpuas hati, ckp sesama sendiri je.. xperlu nak tunjuk kat orang... orang lain gelakkan kita je..

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...

Macam2 lah sekarang nie kan.... mselim3 setuju dengan krolezone..kalau dah x suka :
1-Jangan marah2...dah xder jodoh kan...
2-Jangan maki2...x baik tu..
3-Janganlah dedah aib pasangan kita, anggaplah dia bukan jodoh kita . Terimalah dengan hati terbuka. Ini kerana Allah hendak memberikan sesuatu yang lebih baik kepada kita...k.

mselim3

pls: muhasabah diri mselim3

PakcikLie PCL said...

yes krole..hepi blogging. assalamaualaikum.

Shaiful Zaidi said...

macam2 ada kat Fb...
nak publish apa2 kena hati2... jgn main publish jer..

boni kacak said...

itulah kan bahaya nya fb ni... sebab tu kita kena berpada2 gunakan fb ni, jangan jadi tempat luahan apa2

Tia Fatihah said...

ramai je macam ni.

Aku Penghibur said...

kR FD PON MEMANG boleh di jadikan drama ..jangan kita buka iab orang. anggaplah x de jodoh :)

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum mr krole..mrs krole and baby zahrah..sihat kalian..hot topic trip ni..ok la..ermm cuma iman dan ilmu sahaja boleh membentuk jiwa yang sentiasa tawadhuk dalam menyelesaikan sebarang permasahan yang timbul..sabar kunci utama..badai yang datang dalam apa jua hubungan itu adalah ujian..untuk memiliki kesabaran juga perlu minta dengan Allah.. :)

fyna said...

hurm... bajet bagus sgt kot mention mcm tue kat fb ^_^ lagi memalukan adalah.

fuZa said...

singgah jalan2