Wednesday, May 29, 2013

Pentas Akhir Kilauan Emas

Kilauan emas "otai masih berbisa" pergh! kalau nak diikutkan krole tak berapa nak layan program ni sebenarnya. Tapi ada hari tu krole lepak rumah ayah, dan waktu tu pula diaorang tengah layan tengok program ni, perkara pertama yang keluar dari mulut krole "pergh! dahsyat juga diaorang ni! tinggi-tinggi suaranya!". Huhuhu... waktu tu mak tersenyum melihat krole dan berkata "inilah orang lama...". Para peserta memang berbakat besar. Rasanya kalau nak dibandingkan dengan suara krole aduh! kena berlatih 10 tahun lagi kot hahaha!. Tambah-tambah lagi bila krole terlihat telatah seorang peserta program ni yang berasal dari johor... cuba teka siapa? aha! betul! kak Ros. Memang gelak sakan bila tengok beliau membuat persembahan. Terbaiklah kak Ros! tabik spring!.

Tapi sayangnya minggu lalu beliau tersingkir, hm... bukan rezeki kan nak buat macam mana. Namun malam ni kita semua akan tahu siapa yang akan menjuarai program yang berprestij ni. Korang mesti ada pilihan masing-masing kan? macam krole ni, krole harap Mior dapat menjuarai program kilauan emas 2013 ni... memang respect kat beliau apa dia membuat persembahan diatas pentas, dan minggu lalu beliau juga telah membuktikan kepada semua yang dirinya bukan hanya boleh menyanyikan lagu rock malah lagu-lagu bergenre lain pun boleh. Duet beliau dengan Silah memang terbaik minggu lalu. Baru kejap tadi krole ada survey kat portal rasmi kilauan emas di facebook, pergh! ramai juga vote mior. Oklah jom kita layan kilauan emas, happy blogging semua.



p/s : mior! rock steady!

12 Komen:

niedaida said...

hidup mior! hehehehe

Aku Penghibur said...

hidup mior!! sokong jgk

iAmCekbolat said...

ahahaha mior mior . nak kak ros :D

puteri kasih said...

tak tau plak tentang kilauan emas ni...nampak sangat puteri ni ketinggalan keretapi...hehehe

el said...

el ada gak tgk..lau ada dpn mata tgklah..lau sj2 nak bkk cenel tu xdelah kot haha..eh bila last final ea

MaYa MustWany said...

yeahhh rock brader juara!!!!!!!

Sop said...

x pernah tgk... hehhee

Nao Mei said...

hihi...dia yang menang kan...:)
tahniah..sokong juga nie..:)

Nao Mei said...

cik akak follow sini...maaf tadi komen tanpa follow

http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/

Mia Liana said...

rock jangan tak rock... hehehe

Nabeel Fikree said...

bambil pun suka ngan kak ros ni. hehe

fyna said...

errr... fyna tak tahu pun cite nih =='