Thursday, January 17, 2013

Komputer Ribaku Dibedah

Aduh! pening betul kepala ni bila benda yang penting macam komputer riba atau lebih senang dipanggil laptop ni buat hal! bila benda ni meragam pergh! semua kerja terbantut!. Semalam tak tahu macam mana? tak ada ribut tak ada taufan tiba-tiba laptop kesayangan tak boleh hidup. Aduh! risau juga diri ini waktu tu, maklumlah kalau dianggar mengikut umur manusia hm... rasanya laptop krole ni mungkin dah mencecah umur 70-an kot. Walaupun rupanya kelihatan muda dan cergas disebabkan empunya yang sentiasa membersihkannya dengan penuh kasih sayang hihihi. Petang itu juga krole terus bawa laptop pergi ke kedai komputer berhampiran untuk dirawat. Waktu sampai kedai tu terus krole jumpa taukey kedai merangkap sahabat baik krole juga sebenarnya. Tanpa melengahkan masa, beliau terus mencari peralatan yang berkaitan dan terus menjalankan proses pembedahan express ke atas laptop krole, pergh! semua organ dalam laptop krole dia keluarkan, sampai naik seram diri ini melihat. 

Setelah selesai beliau menghampiri krole sambil bergeleng-geleng kepala pergh! risau beb waktu tu! dalam kepala krole ni "alamak! sudah! mesti dah rosak benda ni". Tapi rupa-rupanya laptop krole hanya dijangkiti kuman katanya "laptop kau ni penuh virus, so kita kena format dan install windows baru... itu saja". Pergh! lega hati ni bila dengar macam tu, lepas format saja terus sahabat krole tadi cadangan untuk install "Windows 8", aduh! bab ni yang krole tak berapa nak pasti? sebab diri ini dah sebati dengan "Windows 7" tapi akhirnya krole tewas dengan pujuk rayu beliau... maka laptop kesayang mendapat nyawa baru iaitu "Windows 8" pergh! baru dua hari krole guna terasa seronok pula kerana windows 8 ni ringkas dan senang digunakan, senang cerita mesra penggunalah katakan. Oklah banyak dah aku bercerita pasal laptop ni so happy blogging semua.



p/s : boleh berblogging semula yeah!

14 Komen:

ANGGURHIJAU said...

singgah baca entry.. follow sekali. jom follow jugak :)

Wanzi said...

Bro.. dah kena beli baru tu...

Cik Pena said...

hehehe....nk yg br tu.....happy blogging....

puteri kasih said...

sib baik boleh dibaik pulih...wah dah windows8 tu :)

Unknown said...

eh dh warga emas la krenye laptop krole ni.. hehi.
bes ek windows8 ? ni jeles nii.. nk nyawa br jgk :D

ecadwinkyasha said...

ingt motherboard terbakar.hahaha..rupanya virus seja. :P

masuk blog eh,da tukar wajah...jemput komen :)

Anonymous said...

toink3. nasib bek buleh baik.... :)

best ke window 8 tuuuu ?

aima said...

boleh try window 8 gak ni

krole said...

Husna : oraitz thanks..will do da same~

wanzi : aduh wanzi..takdak fulus bat msa ni~

pena menari : adus tak tau ble le beli baru~

krole said...

puteri : huhu upgrade wak~

Mar : hahah tau xpew wak..tp kini ia bernyawa baru ngee~

eca : tu r wak..tp bsa r krole ni..satu pe pong tak tau..kalo rosak kedaila jawapnya~

krole said...

deqja : best jgk wak..simple~sng nak guna~

aima : amt digalakan~

MizzTina said...

beli bru je... hehehe..

sy ni windows 7 pun xbiasa lg, apatah lg nk guna yg latest.. huaaaa

Ayue Rejaluddin said...

Minta baru tu....
Hehehe...

Shaiful Zaidi said...

nasib baik boleh reformat..