Tuesday, January 29, 2013

3 Perkara Yang Blogger Takut

Ok hari ini aku nak cerita sikit tentang perkara-perkara yang boleh menakutkan mana-mana insan yang bergelar blogger di dunia ini. Sebelum apa-apa krole nak beritahu ya, entri ini bukannya dibuat melalui kajian atau kaji selidik yang terperinci ke atas setiap blogger di tanah air dan di luar air ya... entri ini hanyalah melalui padangan dari sudut aku sendiri yang bergelar seorang blogger juga. Ok cut the crap... kita berbalik kepada topik sebenar hari ini, dalam banyak-banyak perkara didalam dunia ini... perkara pertama yang amat ditakuti oleh blogger ialah "komputer atau komputer riba mereka rosak". Selalunya bila rosak pergh! waktu itu jugalah idea datang mencurah-curah tapi... nak taip tak boleh dalam erti lain, nak kongsi dengan dunia tak boleh argh! mulalah membelek-belek buku bank cek duit simpanan bukan apa... kalau hantar kat kedai ni faham-fahamlah? mahal beb!.

Ok... perkara kedua pula ialah "isyarat internet tak ada"... argh! benda ni sering terjadi kepada diriku... waktu seronok menaip entri tiba-tiba waktu tekan butang publish tak ada respond argh! habis! segala karya yang ditaip tadi hilang begitu saja, waktu tu terasa macam nak bagi tendangan padu maut saja kat laptop ni... tapi tak tendang pun... bukan apa... kalau tendang takut jadi macam perkara pertama tadi hihihi. So terpaksalah bersabar dan menjerit sekuat-kuat hati di dalam hati (jeritan batin). Boleh kata isyarat internet ni teramatlah penting kepada semua blogger, sebab tanpa isyarat internet ni nak kongsi cerita macam mana?. Ada cara lainkah?.

Dan kita beralih pula kepada perkara yang terakhir iaitu perkara yang ketiga yang blogger-blogger takut sangat ni? ok... perkara ketiga ialah "tiada idea" atau "kehabisan idea" untuk update entri. Pergh! kalau benda ni terjadi kepada diri anda, krole pasti... confirm korang akan duduk berjam-jam didepan laptop anda kan? hahaha! jangan terkejut... bukannya krole ni psikik... cuma benda ni dah selalu krole rasa hahaha! pergh! kadang-kadang tu sampai macam nak berasap kepala ni memikir entri apa yang hendak dibuat. Walaupun laptop anda ok, isyarat internet anda ok, tapi kalau tak ada idea...? sama juga kan pentingnya benda idea ni kan? huhuhu. Oklah sebenarnya krole ada kerja lagi ni, so happy blogging semua.



p/s : takutnya....

26 Komen:

el said...

internet or komp rosak boleh je nak pi cc or online pki fon je..yg ketiga tu paling takut 'xde idea' mmg satu masalah yg most blogger hadapi termasok lah el..hehehe

psttt el bc n3 ko ni dgn penuh ketakutan ok hahaha tahniahh anda telah berjaya menakutkan saya hehe

ma ❥ said...

setuju ngn no2. No 2 paling blogger takut hehe

Anonymous said...

setuju semua........ sekarang ni pulak.. deqja dah terminate broadband... terpaksa curik2 time kerja.. OMG !! susaahhhnyaa

puteri kasih said...

kalau komputer rosak..telefon dijadikan backup. walaupun telefon itu kecil..tapi bolehlah nak taip sebaris dua. janji ada entri..hehe

Kalau tak ada idea..puteri tetap akan paksa ada idea..haha tulah bila terciptanya entri merepek meraban.

Puteri paling takut kalau line tenet buat hal. Memang..argghhhh

p/s tegar juga rupanya diriku ini..haha

Dingdang said...

sedang mengalaminya.. uwaaa !! laptop rosak. patah jari kejap.

||aLeaSaRa|| said...

yg no 3 tu pun bahaya sbb kalau xda idea,berhabuklah blog ye x.ingat wartawan je ke ssh cr idea,kita sbg blogger pun fenin...fenin.


kalau no 2 tu,kan blh create post kt windows live writer.blh publish trs ke blog atau save as a draft.so far ramai blogger guna tu ok je ^^

MizzTina said...

erm..ermm...xtkt semua sbb bkn blogger tegar.. hahaha

nur emilya said...

No 1 dengan 2 belum pernah kena dan harap taknak kena. Tapi yang no3 selalu. Pergh tensenn.

fyna said...

hahaha...betul gak ketiga2 tue... tue pun semua fyna takut.
dan fyna nak tambah lagi satu.. klu blog tak boleh bukak.. tiba2 kene remove. benda nih fyna dah pernah alami.
dan lagi satu..eh..kedua, klu blog mcm fyna badnwidth tgh2 bln..samada nak topup or biar reset smpai ujung bulan ^_^

Anonymous said...

aku takut lappy rosak aja. semua benda yang lain tak jalan. tade tenet boleh usahakan lagi. connect pakai fon ka.hehe

faiq said...

hehe..bab kekeringan idea tu paling selalu

PeRdU cINta said...

betul la..3 aspek ni memang sgt penting..lagi satu aspek adalah faktor kesihatan dan dengan izin Allah..semua ok tapi tak sihat nak on lappy pun lemau je..semua ok tip top tapi Allah tak izin maka tiadalah.. :)

Luqman Zakaria said...

second ngn third pernah jadi kt aku..huhuhu

Unknown said...

haha betull setuju sgt.. laptop + internet adalah nyawa blogger.. idea nadi kehidupan seorang blogger. ahaha :D

Seri Bahasa said...

samalah ngan tempat seri, selalu line internet terputus kadang sampai 3-5 hari...

Unknown said...

lagi satu...jgn kena hack sudah !

syufaa said...

ahahaha!
kite setujuuuu sgt!
rasa mcm dah xleh napas xde mende2 ni.
iskk

Sabella Mohamad said...

yang takde line internet tu paaaling digeruni kut ! hahaha . tambah kalau tak sempat nak save , then hilang entry yg belum sempat dipublish tu . arghhh mmg tensionnn :3

dariilhamkehati said...

CP paling takowt kalaw line tenet , takde idea takpe , boleh merepek lagik , hehehe ~ tapi kalaw takde line , nak blogwalking sangat susa , blogwalking sangat penting lagik2 time tgh takde idea , hehehe , bole back up ...

Shaiful Zaidi said...

Betuila ketiga-tiga trauma seorg blogger yg bro tulis tu.

Miss Eja said...

tapi..if tbe2 internet xde,,kan dia kan msuk dalam DRAFT ? :D peace yauu.. xperlu tkut if
internte tbe2 xde ke ape ke sebb
die akn msuk ke DRAFT :D so,,
u can continue..hehehe.. PEACE!!!

nurulazieyan said...

huhu...plg tkt bile tkde line..haha..

tag http://www.nurulazieyan.my/2013/01/first-giveaway-header-macam-miza-ahmad.html

khairul akmal bin azman said...

apa2 pun idea yg penting

point2 simpan dalam memo hp ke..
before nak taip entry insya allah.

mila said...

hehehe..Cammy biasa alami yg No.3 tuh ekeke...

krole said...

to all : kesimpulannya huhuhu~ ketiga2 benda ni penting dlm berblog..so kalau kurang satu jew..pergh! tekanan beb! so jaga bek2 benda2 ni yew ngeee :p

Unknown said...

takde idea paling takot.. kadang2 tension sbb takde idea. haha