Friday, August 13, 2010

Kisah Syaidina Ali

Assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua blogger2...alhamdulillah hari ini merupakan hari yang ke-3 kita menunaikan ibadah puasa dibulan ramadhan yang mulia ini,so hari ini krole ingin berkongsi sedikit kisah untuk tatapan kita bersama dan insyallah sekiranya kita menghayati kisah ini,kita boleh belajar banyak daripadanya.

suatu hari Syaidina Ali bin Abi Talib menyerang seorang yahudi yang selalu menghina2 agama islam,pemuda yahudi itu diserang berhabis-habisan hingga dia rebah ketanah,dia tidak berdaya menangkis libasan pedang dan pukulan demi pukulan yang dilepaskan oleh panglima islam itu.kini peluang sudah terbuka luas,Syaidina Ali hanya tinggal hendak menusuk pedangnya saja keperut pemuda yahudi itu untuk menamatkan riwayatnya.puiiiihhh!!!pemuda yahudi yang sedang terkapar2 itu meludah tepat ke muka Syaidina Ali.

daripada hendak menikam pemuda yahudi itu Syaidina Ali membatalkannya,dan dia hanya merenung pemuda tersebut menyebabkan pemuda yahudi tadi kehairanan."tadi engkau beria2 hendak membunuhku dan aku tau,aku pasti mati ditanganmu.aku ludah mukamu kerana aku dah tak tau cara apa lagi untuk menyelamatkan diri,patutnya engkau menjadi lebih marah tapi kenapa engkau berdiam diri???"tanya pemuda yahudi itu.

jawab Syaidina Ali "memang tadi aku hendak membunuhmu kerana menghina2 Allah,aku lakukannya kerana Allah.tapi bila engkau meludah mukaku...andai aku membunuhmu bukanlah kerana Allah lagi,tapi kerana marah".


p/s : pose jgn x pose lak heee...

12 Komen:

Fyzal said...

kalau kita, mesti kita dah tikam kan mamat tu.

Sahabat2 Nabi SAW semuanya hebat-hebat iman mereka.

Kita ni, tgh puasa, tgk makanan sikit jer, dah rasa teruji.

moga-moga kita juga diberi kekuatan iman yang sedemikian. insyaAllah.

krole said...

fyzal=alhamdulillah kalo fyzal kate g2...so beringat2lah selalu heee...

FareedSairi said...

Tengok makanan memang sedap...tapi nikmat berpuasa dan berbuka bersama keluarga atau rakan2 lbh menyelerakan daripada berbuka di tengah jalan sorang2.hehehe

en3:Tau tak....kebaikan Solat dari perspektif sains??? Bhg.1

krole said...

fareed=krole lagi sdih..berbuka didlm jel...adus...

ASSOYFINGER67 said...

Kesabaran itu adalah sifat Rasullullah dan kemaafan itu adalah senjatanya....dengan memaafkan seseorang itu tanpa syarat umpama menikam hatinya supaya sedar akan kebesaran dan kemuliaan ajaran Islam,hebat akhlak rasul dan sahabat dan dengan izin NYA!

krole said...

assoy=wuahhhh tq kerna sudi kongsikn pengertian tu assoy....

cikCOKLET:) said...

salam ramadhan :)

mulianya saidina Ali.

krole said...

coklet=alhamdulillah kalo wak fikir g2...marilah kata mencontohi para sahabat2 rasulullah...

xangonila!! said...

krole..box penuh!! wah!! peminat ramai malam ni..ahakkss!!

krole said...

xangonila=adoiii!!!sory2x heee...

CrewFathi said...

Salam Ramadhan!! ehh.. korang dijemput follow blog movie ini .. ---> http://terbarumovie.blogspot.com/ [sambil korang follow.. korang leh download movie terbaru.. Movie Tekken & Ong Bak 3 pon dah keluar da.. ]

{ miss ttjl } said...

tak pernah tau pun kisah nih. thanks for sharing. :)