Wednesday, February 27, 2013

Ada Hikmah Disebaliknya

Ok seperti biasa, kalau aku update malam-malam buta begini mesti nak cerita pasal tak dapat nak tidur hahaha! macam mana nak cerita ni ya? kalau nak diikutkan aku ni tak biasa nak tidur lewat-lewat ni, tapi kebelakangan ni? serius beb! tak tahu nak cakap macam mana lagi, segar bugar saja mata ni. Nak kata krole tidur petang tak juga, nak kata tak kerja berat tak juga, nak kata badan tak letih tak juga hm... memang misteri nusantara betullah! tapi bila krole terbaca komen dari seorang blogger di entri sebelum ini? terus diri ini berfikir "mungkin apa yang berlaku ni ada hikmah disebaliknya". Nak tahu apa blogger tu kata? ok macam ni "nanti dah ada anak... memang tak cukup tidur krole woiii... hahaha biasa-biasakan lah no" hm... betul juga kata rakan blogger tu, mungkin Allah swt nak persiapkan diri krole untuk menyambut kehadiran cahaya mata kitaorang nanti. Terima kasih ya blogger el... komen dari kau buat aku berfikir dan redha diatas ketentuanNya.

Besarnya kuasa Allah swt yang Maha pemurah lagi Maha mengetahui... yang bestnya! walaupun aku lewat tidur tapi serius beb! bangun awal tu! jam loceng tak sempat nak berbunyi aku dah bangkit dari tidur. Selalunya jam loceng tu lah yang membangunkan krole waktu subuh-subuh hahaha! terima kasih jam loceng kerana sentiasa memecahkan gegendang telingaku diawal pagi hahaha!. Oklah terasa macam nak berat dah kelopak mata ni, skrin ni pun dah kabur-kabur sedikit krole tengok, lagipun esok krole kena bawa Mrs. krole pergi buat pemeriksaan lagi kat klinik ibu dan anak, kala ini aku terasa klinik ibu dan anak tu macam rumah no.2 kitaorang hahaha! dan terasa cik doktor kat sana dah macam adik-beradik sendiri, mana taknya bila nampak kitaorang sampai saja... siap sambut kat depan pintu lagi hahaha! oklah... happy blogging semua.



p/s : Zzzzzzzz~

12 Komen:

Unknown said...

Terfikir jgk..bila dah ada anak nanti mesti tak cukup tido.. Sekarang boleh lagi tido 8 jam. Ada hikmah Allah tak bagi anak lagi kt saya. Mungkin tak cukup tido lagi kot..hahaha

Anonymous said...

:) blajar2 la yerrr
huhu

el said...

berdebo2 nk tgu cahaya mata..1st lak tu kan krole..

krole lau mrs krole sakit x tahan suh dia baca doa nabi nuh ditelan ikan paus tu..lailla hailla anta subha nakainni kuntu minalzolimin..bc tu tiap kali dtg sakit..tarik nafas hembus..inshaa Allah kuranglah sakit tu :)

MizzTina said...

msti dh xsabar sgt ni..

Cikpuan Qiqi said...

wa....tgh mpesiapkn dri jd papa ye krole..thniah3...hehehe...

Unknown said...

wahhh ni xleh tido sbb praktis nk jd bapa ye.. hehe bagus2.. nnt sng la mrs krole ade suami yg mbantu, ringan tulang si suami, ringan beban si isteri :D

PeRdU cINta said...

Allah beri sesuatu sama ada baik atau sebaliknya pasti ada sebabnya..tidak sia2..inilah cara Allah nak mendidik mr krole berjaga malam untuk persediaan menjaga baby kelak..semoga mrs krole selamat bersalin..amen..

puteri kasih said...

memang setiap yang terjadi ada hikmahnya...ibarat bro krole tengah menjalani praktikal sekarang ni..hehe

krole said...

Mieza : huhuhu..insyallah kalo ada rezki adalah tu wak~ berusaha lg yew~

deqja : huhu thanks wak~

el : pergh! thanks el...dah krole salin...n beri kat Mrs. krole..thanks yew el~

krole said...

MizzTina : huhu excited + cuak wak~

cik qiqi : thanks qiqi~

Mar : thanks Mar..insyallah akan cuba sebaik mngkn~

krole said...

perdu cinta : insyallah wak...mmmm..besarnya kekuasaan oleh dan Dia lebih mengetahui~

puteri kasih : hahaha! kre praktikal r ni puteri hihiih doakan yang terbaik yew~

Mia Liana said...

kena wat shif malam ni nanti... heheh semetara belum lagi ni, tidurlah puas2 dulu..