Friday, January 25, 2013

Bisanya Bau Itu

Kentut! euw! rasanya begitulah reaksi orang ramai bila terdengar atau terhidu benda kentut ni. Kalau nak diikutkan benda ni tak perlu kita nak geli-geli atau benci sebab dah lumrah manusia, sekali-sekala kita akan kentut juga kan? cuma... kalau boleh carilah tempat sesuai nak melepaskan benda tu kan? sempatkah nak cari tempat yang sesuai? hm... boleh dijadikan topik perbincangan ni? hahaha! kentut ni bagi krole terbahagi kepada dua iaitu kentut tak berbau dan kentut yang berbau, kentut tak berbau ni ok... sebab kat mana-mana saja korang boleh lepaskan dan orang sekeliling tak akan perasan kecuali mereka ada penglihatan night vision yang boleh mengesan haba hahaha!. Kentut yang tak bestnya ni bila kentut tu berbau yang sangat bisa, kiranya bila ada orang terhidu confirm bulu hidungnya akan menjadi kerinting hahaha! aduh! gara-gara huraian ni mesti orang mark aku jadi profesor kentut lepas ni. Ok sebenarnya ada benda yang krole nak cerita berkenaan kentut ni, ingat suka-sukakah?. Tadi krole bawa Mrs. krole makan kat gerai rojak di pekan kitaorang iaitu pekan beaufort. 
Pergh! rojak kat sana memang terbaik! senang cerita boleh buat kening ternaik kalau makan kat situ hihihi. Tapi kitaorang tak pesan rojak pun, Mrs. krole mengidam makan mee goreng manakala diriku hanya nasi campur.Tengah kitaorang sedap-sedap makan tadi aduh! tiba-tiba krole terhidu satu haruman yang memang boleh memutuskan selera sesiapa saja yang menghidunya. Pergh! memang tak tahan waktu tu argh! siapa yang kentut ni, jerit krole dalam hati... bukan apa takut kalau krole jerit betul-betul orang sekeliling fikir krole yang kentut dan saja buat begitu untuk cover. Mrs. krole pula dah meletakkan sudunya, macam tak ada selera nak makan, asyik tengok kiri dan kanan, dahlah gerai makan tu tak ada kipas dan angin yang selalunya kuat kat sana entah kenapa tiba-tiba hilang, pergh! nak 30 saat juga krole menutup hidung tadi dan yang tak bestnya terasa macam orang sekeliling asyik tenung krole saja, dah entahlah tiba-tiba macam krole boleh baca isi hati diaorang "mesti dia yang kentut ni" argh! bukan akulah!. Moral of the story, jangan kentut di gerai makan yang tak ada kipas, kalau tak berbau tak apa... kalau berbau? hihihi, oklah panjang dah aku merepek ni, happy blogging semua.



p/s : pooootttt...!!!

16 Komen:

Sabella Mohamad said...

adoi memang pemutus selera betul la . tapi takkan org lain kat kedai tu tak bau ek ? sah-2 diorang yang kentut ni . hihi

ASYRAF LAZIM said...

kentut mmg lah biasa kan, cuma kena tgok tempat juga. kan.

Unknown said...

ini kes naya ni krole haha

el said...

kentut ok lg..tp kalau bau badan mmg leh bw meninggal..haha

Anonymous said...

ok.tahan napas..haha

Unknown said...

kentut paling power yg teda bunyi..hahaha...teringat pula crta dulu2 time jajal,ada kwn kentut kaw2 punya dlm lif..pastu ada pmpuan cantik masuk lif tu naik skali sma kami.ilang terus cantik tu pmpuan sekali dia tecium bau tu kentut ahahahah (^___^)

puteri kasih said...

alahai..pasti terus hilang selera makan kan..hehe

dariilhamkehati said...

kalaw CP , CP selera jer , hahaha ! tapi memg kejam la kentut public cmtuh , hehehe , mesti memula dye ng tak bau sekali , cam harem baunyer , hahaha !

AimiiiLove said...

ahaha, memang putus selera lah nampaknya hoi! dengan keketutnya lagi, lol

ecadwinkyasha said...

putus selera tul kentut xbertempat.tpi klu kt uma sewa,kitaorg kentut sememeh je..hahaha

Ca Ezah said...

hadoi.mmg spoil mood mkn la kalo gitu.hehe

iAmCekbolat said...

hahahahaha gila busuk

CD said...

" not me! not me! " hahahaha...

krole said...

to all : so moral of the story...???kentut jew...mne le tahan pon hahaha!

Anonymous said...

hahah siap usya krole lak?hahaha..siut je mereka nak pikir mcm tuh kan..kikiki..memang kurang ajor ler kentut bersepah macam tuh

MizzTina said...

ermm, sy xreti kentut.. okbai..

wakakaka