Thursday, June 9, 2011

Siapakah Malaikat Itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua~ harap korang semua sihat-sihat sejahtera ya disamping keluarga yang tercinta, hari ini krole nak kongsi sebuah kisah yang krole terbaca daripada majalah yang amat terkenal dinegara kita iaitu mastika, krole rasa korang semua mesti minat dengan cerita ini, so jom layan... Suatu hari, seorang bayi menerima perintah dari Penciptanya : " Sebentar lagi engkau akan bersiap sedia untuk dihantar turun ke dunia". Sesungguhnya bayi itu berasa takut dan gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya. Lalu bertanya bayi itu pada Tuhannya : "Selama ini ada malaikat yang menjagaku. Dan para malaikat jua memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia. Tetapi bagaimana aku akan hidup didunia itu dengan tubuhku yang lemah dan kecil ini? "Lalu Tuhannya menenangkannya dengan menjawab : "Jangan takut. Sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat yang terbaik untuk menjaga dan mengasihimu didunia itu nanti". Bayi itu tetap jua takut dan bertanya lagi.

"Dunia itu sudah tentu berbeza. Jika di syurga ini, aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa membuatku terasa amat bahagia. Bagaimana didunia itu nanti? " Lalu Tuhannya menjawab; "Jangan takut. Malaikat yang ku pilih itu akan menyanyikan lagu untukmu terlena, menghadiahkanmu dengan senyuman tiap hari dan kasihnya akan membuatkan engkau berasa hangat dan dicintai".

Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi: "Aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka pasti tidak akan memahami apa yang ku bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?". Lalu Tuhannya menjawab; "Malaikat yang ku pilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling lembut dan dipenuhi dengan kesabaran dan perhatian. Dengan ketulusan dia pasti akan mengajarmu untuk berbicara".

Bayi itu tetap jua tidak berpuas hati lalu bertanya lagi: "Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan-MU kelak?". Lalu Tuhannya menjawab: "Malaikat itu akan mengajarmu bagaimana nanti".

Bayi itu terus bertanya: "Aku dengar didunia itu ramai orang jahat. Jadi, siapa yang akan melindungi aku nanti?". Lalu Tuhannya menjawab: "Malaikat itu akan melindungimu dengan segenap jiwa dan raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya". Dengan sedih, bayi itu bertanya lagi: "Aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama-MU lagi"

Lalu Tuhannya menjawab: "Usah gusar, Malaikatmu itu akan menceritakan tentang-KU padamu. Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali pada-KU bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya AKU sentiasa berada disisimu!". Dan sebelum diturunkan kedunia, bayi itu bertanyakan soalan terakhir: "Jika sudah terpaksa aku pergi kedunia, bolehkah aku tahu siapakah malaikat yang Engkau maksudkan itu?".

Lalu Tuhannya menjawab; "IBU! Ibu yang melahirkan engkau. Dialah malaikatmu!".

ya Allah, kalau sewaktu membaca cerita ini krole ada dikampung~ komfirm krole akan terus kucup tangan ibuku yang tersayang dan memohon ampun kepadaNya, begitulah tinggi kemuliaan seorang ibu hingga diangkat bagaikan malaikat disisi Maha Pencipta, Allahuakhbar~



p/s : suka baca ceta ni~

4 Komen:

zulkoa said...

pagi tadi ibu masak untukku..sedap!

lizz said...

memang ibulah segala untuk saya berjaga malam biler saya sakit...sentiasa memberi sokongan sentiasa memimpin saya dan ibu saya ibu terbaik didunia...sayang ibu...

krole said...

ubi=masakan ibu paling sedap didunia~

krole said...

lizz=kalo gtu..igtla slalu akn baktinya...dan jgn sia2kn idupnya ya wak~