Monday, October 29, 2012

Semua Orang Inginkan Kebahagiaan

Dalam dunia ini siapa yang tak nak hidup bahagia? bila di tanya soalan ini mesti semua akan menjawap "ya", termasuk juga diriku ini yang senentiasa mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dalam detik kehidupan seorang manusia pasti akan tiba masa-masa dimana kita akan keliru bagaimana hendak mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat ni. Krole rasa masa itu telah tiba keatas diri krole sekarangni, banyak pilihan yang krole kena buat, dan banyak juga jawapan yang krole kena cari. Dengan diri krole yang bergelar "ketua keluarga" sekarangni krole jadi kebingungan. Bagaimana krole hendak membahagiakan keluarga krole, kalau bab akhirat insyallah krole akan buat sehabis baik.

Tapi bab duniawi ni yang krole risau aduh!!! sikit hari lagi (bulan MAC tahun depan) krole akan bergelar ayah yeah!!! gembiranya rasa hati ni... tapi... dalam kegembiraan itu terselit sedikit kerisauan... dengan pendapatan krole yang tak seberapa. Pening juga kepala ni bila topik-topik sebegini berlegar-legar di fikiran krole. Macam mana krole nak buat ni? macam-macam perniagaan dah krole buat tapi hasilnya hancur!!! sehingga kadang-kadang tu terasa macam nak putus asa... tapi bila terkenang isteri tersayang dan bakal anak kitaorang di dalam kandungan tu krole cuba lagi... mungkin belum ada rezeki krole kot. "ya Allah permudahkanlah urusanku, berikanlah kekuatan kepadaku agar dapat memimpin keluargaku serta dapat memberikan mereka kebahagian daripadaMu". Krole tak kisah kalau hidup susah tapi krole tak boleh kalau isteri tersayang terasa susah dalam hidup ini walau sedikit. Doakanlah krole dan keluarga agar dapat mengecapi kebahagian di dunia dan di akhirat, insyallah. Happy blogging semua.



p/s : amin~

9 Komen:

penyuluh perikanan said...

postingan yang sangat mantap kawan
terima kasih seudah berbagi

wawasan said...

kunjungan malam sobat
terima kasih

Seri Bahasa said...

dunia rumahtangga memang begitu adatnya...apa yang penting ialah persefahaman serta kejujuran.

berat sama2 dipikul...ringan sama2 dijinjing...

insyallah selamat dunia akhirat.

ASSOYFINGER67 said...

doa buat krole...amin!

mieza said...

ade tu nnti insyaallah rezekinye..
bumi Allah ni luas..
yg pntg usaha lebih lgi.

tirahzairi said...

sbr yer admin

Inilah Aku said...

Bro.. jangan risau.. anak & Isteri telah di tentukan rezeki mereka...

yang benting... Usaha..Doa & Tawakal..

apa apa pon Inadvance Tahniah...

shaiful zaidi said...

Tahniah!

krole said...

penyuluh perikanan : thanks bro~

wawasan : thnk..mai r g~

seri : thanks seri..krole akn igt slalu psanan seri~

assoy : thanks assoy~

meiza : thanks wak...tgh mencari r ni~

tirah : thanks wak~

inilah aku : thanks bro..insyallah~

shaiful : thanks bro~