Tuesday, October 23, 2012

Laju Salah Lambat Pun Salah

Laju salah? lambat pun salah? aik? kalau dua-dua salah baik tak payah pandu kereta kan? baik jalan kaki saja. Bukan apa baru-baru ni krole adalah tumpang member seorang ni, mula-mula tu ok je cuma ada satu ketika waktu tu kereta kat depan pandu perlahan so membebel jugalah member krole ni. "@#*&^(*$#@%) itu inilah tak betul tentang kereta yang ada di hadapan, so bila dapat peluang terus member krole memecut dengan kelajuan cahaya (terlebih sudah), so sebagai kawan yang baik (adoi puji diri pula). Krole cubalah nasihat member tadi "wei!!! tak baik begitu, cuba bawa bersabar sikit~ janji kita sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat sudahlah" member tadi buat muka slumber je, hanya senyuman kambing sebagai jawapannya hihihi.

Tiba-tiba tak semena-mena vrommmm!!! ada kereta dari belakang memotong kereta member krole tadi pergh!!! terus bising beliau "pergh!!! kurang ajar punya pemandu!!! gilakah bawa laju-laju!!!" aik? pelikkan? tadi orang pandu kereta perlahan dia kata tak elok, tapi sekarangni orang pandu laju pula tak elok aduh? kalau begitu baik tak payah pandu kereta kan? hahaha!!! macam-macamlah!!! moralnya pandu kereta ni kena ada kesabaran ok, happy blogging semua.




p/s : baik jalan kaki.

7 Komen:

ASSOYFINGER67 said...

Hai krole..baru balik dari seremban...assoy bawa 90 kmj jer huhu

Ikhmal Malique said...

awas. muatan berat. hehe

caliph shuriken said...

klau sy sanggup x tumpang org cmni, baik drive keta sendiri, huh...

Inilah Aku said...

susah macam nie kan...

Wen said...

hahha.... tu maksudnya nampak nyamuk di seberang lautan, gajah depan mata nda nampak haha

krole said...

Assoy=wuahhh bgui2..utamakan keselamatan~

ikhmal : miahahaha!!!

caliph : tu r calliph...lastla krole ikot dia ngeee

inilah aku : mmg ssh bro~

wen : tau takpa wen...wewewewe

hnahdy said...

hahaha hana kalau tengok keta belakang nak dekat hana terus pecut.