Sunday, October 7, 2012

Buku Indahnya Hidup Bersyariat

Alhamdulillah syukur... setelah puas mencari akhirnya krole berjaya juga memiliki buku "indahnya hidup bersyariat" dari Dato Hj Ismail Kamus. Nak dijadikan cerita, pertama kali krole tengok buku ni sewaktu krole dan wife jalan-jalan kat shopping kompleks "one borneo", waktu tu hati krole dah tertarik tapi disebabkan tak mampu waktu tu krole terpaksa telan air liur je, dan bila sampai rumah je terus krole online mencari butir-butir berkenaan buku tu... pergh!!! memang terbaik buku ni, kerana cara penyampaiannya adalah ringkas dan mudah difahami (sesuailah untuk krole). Pergh!!! lepas tu terus krole kumpul duit berazam nak beli buku tu. Tapi... waktu krole dah mampu argh!!! buku yang krole nak beli ni dah habis!!! argh!!!.

Merata juga krole cari, maklumlah krole ni duduk kat kampung bukannya kat kota kinabalu tu so kadang-kadang je dapat turun bandar. Puas krole cari tapi tak jumpa juga, kalau kat pekan beaufort (kampung krole) lagilah teruk... pekedai sini kenal pun tidak buku tu. Rasanya 2 bulan lepas tu kot, krole temankan isteri krole ke wisma MUIS kota kinabalu... ala~ yang dekat masjid negeri tu!!! memang tak sangka waktu tu??? mungkin dah rezeki krole dan isteri kot??? akhirnya buku yang selama ini krole cari ada dijual di kedai buku di sana pergh!!! tanpa membuang masa terus krole beli buku tu, dan alhamdulillah memang buku ni amat berguna sebagai panduan hidup kita kerana ia bersumberkan al-quran dan hadith yang sahih, Boleh kata kandungan buku ni mengandungi semua tentang hidup so kalau member-member nampak buku ni berjual kat kedai berhampiran anda... beli jangan tak beli. Happy blogging semua.




p/s : akhirnya kau menjadi milikku~

2 Komen:

caliph shuriken said...

klau krole tnya sy awal2 lagi bole beli buku ni.. e-store sy jual buku2 ilmiah cmni ^^

Md Syukran said...

krole akhirnya tercapai juga hajat krole hehehe :3