Tuesday, October 30, 2012

Jemput Ayah Di Airport

Kejap lagi tepat jam sembilan krole kena bertolak ke airport Air Asia yang terletak di Tanjung Aru. Hm... bunyinya macam simple kan? ok begini krole nak cerita sikit, krole tinggal di Daerah Beaufort so jarak antara beaufort dan airport adalah 100++KM, so kalau memandu tu pergh!!! komfirm penat siot!!! tapi demi ayah akan ku harungi semua itu (uwek!!!), dalam menunggu detik jam sembilan ni mata krole pula masalah aduh!!! time ni lah kau mau tertutup (mengantuk). Kelam kabut krole jadinya tadi mencari teman, maklumlah bila jalan jauh ni tak kanlah krole nak jalan seorang, nak ajak isteri tersayang, tak sanggup pula krole maklumlah isteri krole kan tengah mengandung sekarangni.

Nasib baiklah ada seorang hamba Allah merangkap sahabat baik sanggup menemankan krole yeah!!! itu pun banyak songeh, kena belanja minumlah itu inilah hahaha!!! tapi tak apa janji dia sudi temankan. Oklah krole nak pergi bersiap-siap ni so happy blogging semua.



p/s : start your engine~

2 Komen:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ada kawan tak la rasa letih sgt kan wak

krole said...

tol wak..nasib baiklah~