Thursday, February 20, 2014

Dia Pelengkapku

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aisyehmen... nak cerita jiwang sikit malam ni hihihi. Ok! sebelum krole berkahwin dulu serius beb! hidup krole ni macam tak ada hala tuju... target apa benda pun tak ada. Tapi bila dah berkahwin dengan Mrs. krole ni... pergh! serius beb! kalaulah badan ni larat... semua kerja krole nak buat. Bukan kerana nak mewah... cuma kalau boleh... nak bagi isteri dan anak tersayang hidup dengan selesa. Hidup dengan selesa tu tak adalah sampai duduk rumah banglo 3 tingkat atau belikan perhiasan emas dari kepala sampai ke kaki (tak mampu). Bagi krole... asalkan cukup pakai, cukup makan, dan cukup keperluan... krole dah bersyukur sangat.

Kadang-kadang bila tengok rakan-rakan update di facebook... hadiahkan baju mahal, gadget mahal untuk isteri pergh! dalam hati ni selalu terlintas "alangkah baiknya kalau aku pun dapat bagi macam tu kat Mrs. krole". Tapi tak apa kan? rezeki masing-masing... krole bersyukur sangat... kadang-kadang krole terkata juga kat Mrs. krole tentang perkara ni. "Maaf ya yang... abang tak mampu nak beli benda-benda macam tu untuk ayang". Tapi selalunya Mrs. krole akan kata macam ni "tak apa bang... bukannya penting pun benda tu". Serius beb! bila terdengar ayat tu terasa macam nak menangis je... sebab mustahil seorang wanita tak ada punya keinginan untuk memakai pakaian cantik... perhiasan emas... dan banyak lagi. 

Krole bersyukur sangat dari awal perkahwinan hingga ke hari ini Mrs. krole sentiasa memberi semangat kat krole untuk berusaha agar maju dalam hidup. "Dialah pelengkap dalam kehidupanku", dan.... hurm! alamak... baby zahrah menangis... so krole out dulu... hihihi... happy blogging semua.


p/s : sayang sangat-sangat Zianah binti Mohd Yusof (Mrs. krole) dan Nur Zahrah (baby zahrah)~

4 Komen:

Anonymous said...

Terima kasih bng...sayang abg dan zara juga..sgt2!

Anonymous said...

show your love and attention is the best...buy a small gift tapi bermakna.

(cehceh pdahal saya tak kahwin lagi).

Unknown said...

wahhh, so sweet~ haha :D like3

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum mr krole sekeluarga..baby zahrah sihat..jodoh kita pelengkap rusuk yang telah Allah janjikan..telah Allah sediakan..Allah pemilik hati kita dan dia..mengapa suami atau isteri itu begitu atau begini..kerana isteri atau suami itu hanya ini dan itu..maknanya telah Allah susun..kita cuma berusaha untuk peroleh yang terbaik..