Sunday, May 19, 2013

Dilantik Menjadi Pengerusi Masjid

Hari ini tak banyak sangat aktiviti krole... biasalah kalau mood hari ahad ni, memang nak rehat dengan keluarga sepanjang hari saja kat rumah. Tapi.. krole ada story sikit nak kongsi dengan korang semua, cuba tengok tajuk entri kat atas tu? aha! terlebih dahulu krole nak terangkan ya, yang dilantik menjadi pengerusi masjid tu bukan krole ya, hahaha! diri ini belum lagi layak nak pegang tanggungjawab macam ni tu lagi hihihi. Ok pagi tadi krole dijemput untuk menghadiri mesyuarat pembubaran ahli jawatankuasa masjid kat kampung krole ni, mesyuarat ni juga bertujuan untuk melantik jawatankuasa baru, pergh! waktu tu krole memang cuak sangat, bukan apa dalam hati ini tiba-tiba terlintas "aduh! mesti diaorang pilih aku ni... sebab kat sini aku tengok aku seorang je yang paling popular" hahaha! ok itu cuma gurauan, korang boleh mula ketawa sekarang.

Selepas pembubaran jawatankuasa diumumkan mulalah pencadangan dibuka untuk perlantikkan jawatankuasa baru, mula-mula orang kampung kena pilih pengerusi baru untuk mentadbir pengurusan masjid kat kampung krole ni. Tiba-tiba seorang pakcik bangkit dari tempat duduk dan berkata " aku hensom" hahaha! ok sekali lagi krole bergurau, dia kata " saya cadangkan agar Hj. Jusih bin Hj. Sarin menjadi pengerusi baru masjid kita" dan cadangan beliau dipersetujui oleh majoriti penduduk yang hadir tadi, so tahniah kepada ayah kerana dilantik menjadi pengerusi masjid yang baru tadi, eh? wait... wait... ayah? ya! beliau merupakan ayah krole hihihi...  cuba tengok gambar kat atas, yang berdiri tu ayah krole... waktu ni beliau tengah memberi sepatah dua ribu kata diatas perlantikkan beliau. Sekali lagi tahniah ayah, krole doakan moga ayah sentiasa dipermudahkan olehNya dalam tiap apa yang ayah lakukan, krole dan keluarga sentiasa menyokong ayah. Oklah sebenarnya banyak lagi krole nak cerita cuma... hihihi... nak dodoi baby zahrah ni, so happy blogging semua.




p/s : syukur alhamdulillah~

4 Komen:

Sop said...

tahniah buat ayah krole
ini bermakna ayh krole dipercayai utk laksana tanggungjawab tersebut
anak kena la support,, hehhe

Bunda_nora said...

assalam,

tahniah dari bunda untuk ayah krole...yg telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengerusi masjid...

Sebagai anak, krole tolong bantu lah ayah tu sama yg mna patut..

Mula2 tadi mati2 ingat krole yg di lantik...propa...hahaha !..

puteri kasih said...

tahniah kepada ayah bro krole. Dari tajuk tu ingatkan bro yang dilantik...hehe. Takpelah coming soon giliran bro krole pula :)

Unknown said...

Hahah,,ingatkan Krole tadi..dalam fikiran..bagusnya Krole ni..mesti kaki masjid..