Wednesday, October 31, 2012

Bila Tiba Masa Berkempen

Sekarangni kat daerah tempat tinggal krole iaitu Beaufort memang tengah panas dengan kempen-kempen ahli politik yang ingin meraih undi. Kalau nak bercerita pasal bendera pergh!!! sepanjang jalan kalau tak nampak memang tak sah, krole ni tak adalah pandai sangat mengenai benda politik-politik ni... cuma tak berapa suka dengan sikap segelintir pihak (yang memasang bendera), kalau nak pasang bendera tu pasanglah saja tapi, ni ada yang sampai gaduh-gaduh aduh!!! apa cerita ni? tak kiralah kau parti mana sekalipun tak payahlah nak berlagak samseng. Ni silap pasang sikit gaduh, itu ini gaduh.

Bukan apa, sebenarnya hari tu krole lepak-lepak kat rumah kawan, tengah kitaorang lepak tiba-tiba ada kekecohan berlaku di jalanraya depan rumah kawan krole tu, benda pertama dalam kepala krole waktu " ni memang kemalangan ni" tapi... setibanya kitaorang di tempat kejadian (pergh!!! ayat). Rupa-rupanya ada dua kumpulan tengah bertekak waktu tu, bila kitaorang dengar betul-betul apa yang mereka gaduhkan hek eleh!!! rupanya berebut kawasan nak pasang bendera parti masing-masing... Adoi!!! tak bolehkah runding cara elok-elok? kan luas tempat tu... Dahlah bergaduh siap jerit-jerit lagi, rasanya dia nak beritahu satu kampung kot? dah tu krole tengok orang yang terlibat tu macam bangga pula bila orang ramai makin berkumpul, sepatutnya malu dan segan? hm... inilah manusia kan? macam-macam perangai. Happy blogging semua.




p/s : gambar diatas tidak ada kaitan dengan cerita ini ya~

12 Komen:

Akemal said...

uih dah start kempen.? sini pun sama, tapi tak la besar besaran

Unknown said...

kempen oh kempeeeeeeennnnn........

Unknown said...

pasal bendera pon mau gaduh kaa.. aiyaa..;)

Seri Bahasa said...

melayu ni pasal politik...anak sedara pon boleh lupa...tapi yg dapat untung lebih orang luar...

bila la diaorang ni sedar2...

Wanzi said...

itu tandanya dah dekat nak PR musim baru... lepas ni ramai yg demam PR pula lepas ni..

panda montel said...

FYI: sabah kalau kempen memang lebih meriah kot... haha

caliph shuriken said...

mau x berebut setiap geng yg pasang bendera dapat upah tau, lagi byk lagi bgus...

boni kacak said...

sebab tu aku tak suka politik. politik memecahbelahkan kita...

tirahzairi said...

mak aihhh juling mata tgk

s h a said...

Musim mengundi da makin dekat ke.hehe.banyak betul bendera dalam gambar tu.tapi tu la kn orang sekarang ni...benda boleh bawak bincang pon boleh jd modal nk gaduh.

iAmCekbolat said...

mcm budak budak

krole said...

ikhmal : huhuuh sni pon takdak r besar2n sgt~

ain najwa : huhu kempen oh kempen~

yart hayati : huhu tu r wak..cam bebudak~

seri : tu r wak..blalah dorang ni nak sedar~

wanzi : huhu da selsema kat sni wanzi

wen : iya bah ngee~

caliph : huhuhu sal tu kot?

bonikacak : huhu jgn bro..tnpa politik takdak jua kemajuan negara~

tirah : huhu jgn tngok wak~

sha : tu r...politik ni ok cma orng yg berpolitik tak ok~

cekbolat : tau takper wak~