Tersebutlah sebuah kisah... ek??? apa yang krole melalut ni hihihihi. Sebenarnya kalau nak dijadikan cerita sekarangni sepatutnya krole dah masuk tidur sebab esok kena bangun awal kerana nak temankan isteri krole ke majlis sambutan hari keluarga yang dianjurkan oleh sekolah tempat isteri krole mengajar tapi... tak tahu macam mana mata ni terang saja argh!!! bukan apa awal-awal tadi krole asyik minum nescafe, isteri krole dah nasihat jangan minum terlampau banyak tapi tak tahulah berselera betul krole malamni dengan nescafe, minum punya minum pergh!!! nak separuh jag tu krole seorang habiskan hah!!! kalau tak percaya "tanya sama pokok" hihihi dah melalut dah. Alamak masa pun terasa semakin cepat berlalu aduh dah masuk jam 11 dah ni.
Dari tadi krole asyik pusing kanan, pusing kiri... tapi tak dapat juga nak lelapkan mata ni aduh!!! macam mana nak buat ni, tak kan nak hentak kepala kat dinding kan??? hahaha!!! kalau waktu sekolah dulu kalau jadi kes macam ni senang saja, komfirm krole buka buku teks matematik hihihi selang 10 minit komfirm lelap punya, kalau tak percaya bagi member-member yang masih bersekolah cuba tips ini hihihi... kalau tak jadi itu maknanya korang memang minat kepada mata pelajaran tersebut. Oklah krole nak sambung percubaan untuk menidurkan diri so doakan krole dapat lelap ya hahaha!!! happy blogging semua.
p/s : Zzzzzzzzz
1 Komen:
saya minum breakfast time dan time2 mcm nie.. bukan apa esok kan cuti.. tido lmbt pun tak apa...
Post a Comment