Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, esok raya yeah!!! detik cemas sewaktu pemegang mohor raja-raja mengumumkan tarikh hari raya tadi memang boleh memberhentikan jantung sebentar pergh!!! walaupun ramai yang menyangka esok komfirm hari raya namun... tiada yang mustahilkan dalam dunia ni??? huh!!! alhamdulillah dah rezeki kita esok raya yeah!!! sekali lagi!!! yeah!!!. Ramadhan kali ini krole bersyukur sangat kepada Allah S.W.T kerana memberi kesihatan dan memudahkan diri krole dalam menunaikan puasa pergh!!! penuh bro puasa tahun ni, memang krole terharu tahap gaban dah sekarangni, tambah-tambah lagi bila kedengaran takbir raya di udara pergh!!! terasa kepuasan yang tidak dapat krole nak terangkan dengan kata-kata. Cuma hati ini rasa bersyukur sangat.

Tapi dalam kita bergembira jangan sekali kita lupa akan saudara-saudara kita yang hidup dalam kesusahan, puasa ini mengajar kita akan sedikit kesusahan dan kesulitan yang mereka hadapi, doakanlah mereka agar dipermudahkan urusan dan dilimpahi dengan rezeki insyallah, amin. Oklah krole nak tolong family kejap mengemas-gemas rumah untuk persediaan menyambut hari raya esok so jumpa lagi di entri akan datang, happy blogging semua.



p/s : selamat hari raya semua~

1 Komen:

Noor Atikah Ramli said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin ^_________^