Monday, August 27, 2012

Selesai Akhirnya

Walaweh!!! rupa-rupanya susah juga isi borang ni, hihihi sebenarnya krole baru siap mengisi borang permohonan lesen perniagaan... pergh!!! tak sangka nak isi borang yang hanya dua tiga keping tu mengambil masa hampir sejam aduh!!! macam nak patah pinggang krole ni, mana taknya sejam tak bergerak... duduk menghadap borang tu. Padahal soalan-soalan kat borang tu tak adalah susah sangat, tak adalah sampai tahap peperiksaan SPMkah? STPMkah? DIPLOMAkah? tapi... tak tahulah kenapa pening juga kepala krole nak mengisi tadi, mungkin takut silap isi maklumat-maklumat penting kot. Yang penting benda tu dah setel dan hati krole yang tak tenteram dari tadi dah kembali aman alhamdulillah (harap-harap tak ada yang silap).

Sebenarnya krole ada plan nak buka sebuah perniagaan, sebab tulah krole memohon lesen perniagaan ni... rupa-rupanya rumit juga nak mohon lesen ni kan??? maklumlah ini merupakan pengalaman pertama krole berurusan bab-bab lesen niaga ni... krole bukan apa saja nak berniaga nak tambah income... kos hidup sekarangni semakin meningkat dari masa ke semasa so sekurang-kurang kalau ada perniagaan dapatlah cover sikit perbelanjaan keluarga krole. Apa-apa pun ayah krole selalu pesan bab berniaga ni jangan kelam-kabut, kena plan betul-betul dan dalam masa yang sama kena berani... Insyallah nasihat ayah akan krole ingati... dan yang paling utama jangan lupa memohon kepadaNya kerana rezeki itu semua pemberian daripadaNya amin. Oklah nak rehatkan otak dulu, happy blogging semua.



p/s : leganya~

0 Komen: