Wednesday, August 22, 2012

Akibat Mengidam Maggie

 Sebenarnya petang tadi isteri krole mengidam nak makan maggie perisa kari, so lepas solat maghrib je krole start kereta dan keluar ke pekan sekejap untuk mendapatkan benda yang bernama maggie kari tersebut. Walaupun dalam hati krole terdetik kerisauan kerana risau akan kesan sampingan terhadap isteri krole yang tengah mengandung, krole terpaksa beli juga bagi menghilangkan rasa mengidamnya. Tak sampai hati krole tengok, cuma krole pesan kat isteri makan maggie tu sikit-sikit je, asalkan dapat hilangkan rasa mengidam yang dialaminya, Sekembalinya krole dari kedai, sepantas kilat dan dengan semangat yang berkobar-kobar isteri krole memasak maggie tersebut... Sekelip mata saja maggie tadi terhidang di depan mata krole, lepas itu kitaorang pun makan, waktu tu krole tengok muka isteri krole gembira sangat ibaratkan senyum sampai ke pipi hihihi, kalau isteri krole gembira krole lagilah beribu-beribu lemon gembira.

Tapi tak sangka pula, selang 30 minit kot... Sewaktu di bilik krole terdengar bunyi muntah-muntah di bilik air yang bersebelahan dengan bilik tidur krole??? rupa-rupanya isteri krole yang muntah tu alamak!!! cuak juga krole waktu tu, tambah-tambah lagi apabila terlihat rupa isteri krole yang merah padam waktu tu hinggakan terkeluar air mata... Hinggakan isteri krole nak berdiri pun dah tak larat, pening katanya... Mesti ni kesan sampingan dari makan maggie kari tadi??? ni pun krole baru lepas dodoikan isteri krole, alhamdulillah syukur  dapat juga isteri krole tidur, tu yang terus ambil peluang update blog tu. Bukan apa nak juga tanya member-member blogger wanita yang dah berstatus IBU... Tak apakan makan maggie kari waktu mengandung ni??? risau juga krole ni??? harap ada yang boleh tolong, happy blogging semua.



p/s : risau~

1 Komen:

szumika sakni said...

alahai comelnyer...cian kn..mang ambk msa yg lama bru ok..cm kak spupu sy ank 5 dh pn still sakt mengidam cam bru fes time ngandung cian tengok...jg istri bek2 yer :)