Monday, August 27, 2012

Macam Ni Tak Matangkah

Krole peliklah? kematangan "that so call mature" ni selalunya diukur bagaimana ya? adakah dengan berpenampilan segak berbaju kolar, berkasut kulit dan bertali leher dah cukup membuatkan seseorang itu matang? bukan apa terus terang krole cakap krole ni fanatik anime naruto ni ala senang cerita asalkan kartun krole minatlah hihihi... Bukan apa baru-baru ini ada hamba Allah yang berstatus sahabat krole berkata macam ni kat krole " weii...!!! ko tengok naruto!!! agak-agaklah kau tu bakal jadi bapa budak sudah takkan tengok kartun lagi" siap geleng-geleng kepala lagi tu!!! hm... itu yang buat krole berfikir??? kenapa ya??? adakah kalau krole minat sangat tengok kartun krole ni tak matang??? tang mana yang tak matang tu ya??? pelik bin ajaib betulah?.

Adakah kalau krole tengok berita sahaja barulah diri krole ini di pandang matang oleh kawan-kawan? (matanglah sangat). Susah juga nak kata kan? bagi krolelah benda-benda matang ni tak adalah sampai begitu sekali, buat apa kita nak buat perkara yang kita tidak suka kan? bagi krole menonton kartun seperti naruto ni dapat menenangkan jiwa krole... ada setengah orang tu dengan memancing dan ada juga dengan bermain game... lain orang lain caranya kan?. And for the record krole tengok berita apa cuma kawan-kawan je tak nampak, memanglah tak kanlah bila krole nak tengok berita kat TV krole kena call beritahu semua kawan-kawan...

Hihihi... Benda ini jugalah selalunya kawan-kawan krole kata yang diri krole ini tak matang, sebab krole ni minat gila kat domo ni... sebelum domo ni top kat malaysia krole dah lama minat... Koleksi tu alhamdulillah adalah sikit, tapi kadang-kadang gara-gara benda macam ni jugalah kadang-kadang kawan-kawan suka mengata... Argh!!! lantaklah janji diri kita suka kan? buat apa nak fikir apa yang orang fikir? kalau benda yang kita buat tu salah tak apalah... tapi kalau dah benda simple macam ni je.. hm... rasanya janji diri kita happy kan? ok happy blogging semua.





p/s : domo mmg cute~

0 Komen: