Krole ingin ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 kepada semua warganegara malaysia... Alhamdulillah syukur rupa-rupanya negara kita ni dah merdeka selamat 55 tahun pergh!!! tapi bagi pendapat krolelah kan memanglah dari segi pemerintahan kita merdeka tapi rasanya dari segi pemikiran dan mental hm... belum lagi kot. Kita cuba tengok dengan generasi pelapis (muda) pada masa kini, pergh!!! dari segi pemakaian pun dah tak melambangkan negara kita, contohnya budaya ikutan that so call "punk" ni pergh!!! rambut pacak, anting-anting kat hidung, baju berlambang NAZI aduh!!! merdekakah macam tu? itu baru sikit sebenarnya banyak budaya luar yang berjaya mempengaruhi generasi muda kita masa kini, alasan mereka bila ditanya akan penampilan mereka adalah "kebebasan"??? hm... tak tahu bebas tang mana tu??? hihihi malaslah krole nak cerita panjang bab ni lagipun korang bukannya tak biasa tengok berita semasa kat tv tu kan? banyak juga masalah sosial yang berlaku dalam negara kita masa kini... terutamanya kes pembuangan bayi... Astagfirullah...
Walhal untuk memerdekakan negara kita ini para pahlawan banyak mengorbankan nyawa dan begitu juga dengan pemimpin yang sentiasa berani memperjuangkan hak tanah air dan melawan penjajah... kerana merekalah kita dapat hidup aman damai sekarangni... hari kemerdekaan ini janganlah asyik ingatkan perarakkan dan konsert kemerdekaan yang diadakan... ingatlah juga akan jasa-jasa mereka... tanpa mereka tak kan ada MALAYSIA, oklah krole out dulu... happy blogging semua~
p/s : merdeka!!!
1 Komen:
selamat menyambut hari kemerdekaan krole...agak terkilan apabila melihat ada segelintir pihak yg menggesa jalur gemilang ditukar...
Post a Comment