Wednesday, May 16, 2012

Terima Kasih Mudah.my

 Hari ini krole nak ucapkan jutaan terima kasih kepada laman sesawang Mudah.my (semua yang terlibat), krole berhutang budi sangat dengan laman sesawang ini kerana banyak membantu dalam mempromote barang jualan krole, iaitu motor kesayangan krole tu uwah!!! bukan apa semenjak krole berpindah ke sabah ni krole dah kurang guna motor ni so daripada terbengkalai jadi besi buruk baik krole jual kan? merata krole cari pembeli tapi tak ada yang berkenan di hati disebabkan harga dan lokasi yang jauh. So krole pun cuba promote kat laman Mudah.my ni pergh!!! baru je semalam krole masukkan iklan kat mudah hari ini saja... serius beb!!! mahu lebih 30 orang yang call untuk membeli. Krole buka harga kat mudah dalam lingkungan RM4000 je tapi tak sangka pula orang semua berlawan harga, last sekali krole dapat jual dalam RM5200 pergh!!! berbaloi!!!

 Uwahhh!!! inilah motor kesayang krole tu, mungkin jodoh kita sampai disini saja (buwek!!!) tapi memang krole terhutang budi sangat dengan laman sesawang Mudah.my ni, mana taknya, iklankan semalam hari ini dah dapat jual pergh!!! patutlah Mudah.my ni dapat tittle "No.1 Local Website In Malaysia" memang padan pun, cuma krole kecewa sikit dengan perangai sesetengah pembida ni, kan kita mencari harga yang berkenan di hati tapi sebaik krole dapat jual motor ni tadi ada pembida yang marah kat krole lagi dahsyat ada seorang tu siap buat iklan kat mudah yang menyatakan bahawa iklan krole ni tipu semata-mata aduh!!! ada juga orang macam ni, kalau dah bukan rezeki nak buat macam mana kan??? tak apalah krole sabar je bukannya dia dapat buat apa-apa pun setakat begitu je, dia juga yang dapat penat, oklah krole nak rehat dulu, happy blogging semua.



p/s : terima kasih Mudah.my

1 Komen:

Wanzi said...

biar betul bro.... ada untung niaga cam ni.. memang mudah... org memang cam tu ada yg ok dan ada yg tak puas hati.... apa pun berhasil juga jualan ini....

p/s: nak cuab juga buat jualan kat mudah....