Assalamualaikum kepada semua sahabat yang ada diluar sana, hari ini pergh!!! krole sedikit busy, nak kata dari pagi hingga ke petang jadual penuh bro!!! bukan apa kat tempat krole iaitu Membakut, Sabah hari ini menganjurkan "Majlis Sambutan Hari Ibu" tapi kalau diikutkan setiap hari kita boleh sambut hari ibu sebab jasa mereka ni walaupun kita cuba bayar dengan wang ringgit pergh!!! rasanya tak terbayar bro!!! gambar kat atas tu adalah persembahan daripada kanak-kanak sekolah taska kat sini yang krole terlupa dah namanya ahaks~ comel sangat tengok gelagat diaorang hihihi rasanya kalau krole dah ada anak pasti comel macam diaorang juga insyallah amin, yang bestnya tada~
Inilah mak mertua krole hihihi selamat hari ibu mak~ memang bertuahlah mak mertua krole hari ini, dalam ramai-ramai yang datang ke majlis tu dia boleh dapat hadiah dalam cabutan bertuah pergh!!! yang hamper besar lagi tu!!!. Tahniah mak!!! krole suka dengan mak mertua krole ni, dia ni jenis yang sporting dan penyayang orangnya, terima kasih mak.
Ini pula mak krole yeah!!! selamat hari ibu mak!!! amboi terlebih semangat sudah, terima kasih kerana sudi jaga krole dari kecil hingga hari ini, jasa mak tak pernah krole lupakan, kalaulah krole mampu pergh!!! nak juga bagi hadiah kat mak dan mak mertua hadiah yang besar-besar tapi al-maklumlah makan gaji ni sekadar apa yang termampu je, lagipun bukan itu yang mereka mahu dari kita, kasih sayang tu yang penting kan? oklah sebelum krole akhiri entri ini krole nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu yang ada di Malaysia ni dan krole doakan moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki insyallah amin~ happy blogging semua.
p/s : selamat hari ibu~
0 Komen:
Post a Comment