Monday, May 21, 2012

Bila Jariku Kurang Menari

 Sekarangni jarang sekali krole dapat update blog kesayangan ni walaupun banyak cerita yang hendak krole kongsikan dengan dunia (ups?), disebabkan terdapat beberapa kengkangan (bukan halangan ya) terutama sekali benda alah yang bernama "internet" ni uwah!!! sebelum ni dalam sebulan krole boleh buat dalam 30-40 entri hihihi... tapi sekarangni nak update 4 entri pun susah sikit!!! nak kata tak ada idea em... rasanya banyak juga idea dalam kepala krole ni tapi itulah kalau nak update terpaksa pergi CC kat pekan, mula-mula krole ada plan nak pakai "brukband" tapi disebabkan line kat sini tak baik terus krole cancel planning krole tu.

Dulu semasa jari krole selalu menari meriah je krole rasa dunia blog ni, tapi sekarangni terasa sunyi pula, seperti krole ni dah tak wujud, tapi tak boleh nak salahkan siapa-siapa juga sebab blogger masa kini semakin ramai dari masa ke semasa dan kebanyakkan mereka adalah individu yang amat berbakat, teruskan guys and gurlz!!! hahaha~ krole nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang masih lagi support krolezone walaupun kurang dah update (bersawang dah~) krole tak pernah lupakan korang semua dan teruskan berblogging ya.

Sekarangni banyak masa krole habiskan dengan kerja, kerja itulah... inilah... terasa macam tak pandai nak habis kerja-kerja ni? biasalahkan waktu muda-muda ni lah krole kena kerja keras agar di masa depan nanti dapat menjamin masa depan krole sekeluarga, terutama untuk isteri krole yang krole cintai sangat-sangat... bah krole pun ada urusan sikit ni so happy blogging semua.



p/s : kerja... kerja... kerja

0 Komen: