Wednesday, May 9, 2012

Perangai Yang Kurang Ajar

Alamak hai!!! kalau korang tengok gambar tu pun dah tahu apa yang krole nak cerita hari ini. Vandalisme atau bermaksud tingkah laku kurang ajar!!! yang dilakukan oleh individu tertentu yang tidak bertanggungjawab ke atas benda-benda awam. Adoilah banyak lagi kerja kat luar tu kerja ini juga diaorang suka buat. Krole angin ni bukan apa guys and girls tadi waktu krole balik kerja, krole ada singgah satu tandas awam ni, kalau ditengok dari luar pergh!!! memang dah brutal dah dek hasil individu yang tidak bertanggungjawab ni. Spray sana sini, dan ada lagi siap bagi nama dan no phone??? supaya polis senang jejak kot??? disebabkan tadi hajat krole memang tak boleh nak ditangguh lagi so krole cuba positif thinking mana tahu kat dalam ok je.

 Tapi rupa-rupanya semua itu hanya dusta!!! kat dalam lagi teruk!!! mangkuk tandas pecah, lantai kotor, berbau argh!!! dahsyatlah katakan!!! adoi bengang betul krole tadi dahlah hajat tak dapat nak ditunaikan ternampak benda-benda macam tu pula, tahniah krole ucapkan kepada si pelaku kerana berjaya menghancurkan tandas awam tersebut. Satu masa nanti krole harap kau akan mengalami situasi seperti krole tadi, baru kau tahu nanti!!! dah tahu tandas tu tandas awam untuk kegunaan bersama... adakah patut!!! haish!!! susah juga kalau otak letak kat lutut??? benda-benda awam ni contohnya pondok telefon sering dijadikan sasaran entah apa yang mereka dapat dengan buat begitu... dapat susah adalah??? pelik krole??? kalaulah ada kecemasan dan waktu tu tak dapat nak guna handphone, takkah payah nanti??? oklah kita renungkan bersama perihal perkara ni ya, happy blogging semua~




p/s : adoiya!!!

1 Komen:

Anonymous said...

bukan otak kat lutut.. ni mmg xde otak