Friday, May 11, 2012

Rezeki Masing-Masing

 Bila tengok motor cam ni lalu mesti krole tersenyum seorang tapi bukannya kerana kelucuankah? atau apakah? cuma krole teringat waktu kecil dahulu. Pantang tengok motor yang jual aiskrim macam ni lalu, pergh!!! komfirm kejar!!! si anak pasti akan keriangan manakala si bapa pula bergaru kepala, hihihi pulus terbang lagi. Cuma yang krole pelik kenapa orang suka ejak golongan ini dan selalu je krole dengan diaorang perlekeh apa yang mereka buat? walhal rezeki masing-masingkan? mungkin bagi sesetengah orang kerja macam ni memang tak patut tapi bagi diaorang inilah mata pencarian harian mereka. Bagi krole ok apa sekurang-kurang apa yang mereka buat ni perkerjaan yang halal.

Daripada yang mencuri tu, menyamun, rompak, jual dadah... itu tak ada pula krole dengan orang ramai ejek atau perlekeh? pelikkan? inilah manusia, patutnya bila nampak orang yang berniaga macam ni bagilah doa agar dimurahkan lagi rezekinya, ini tak... sibuk pula perli-perli orang macam ni, siap buat bahan gurau lagi adus... apa nak jadi... bagi krolelah kan, orang macam ni krole respek sangat sebab cerdik mengunakan apa yang dia ada, daripada duduk saja komplain sana sini, tak dapat satu sen pun? oklah krole pun ada urusan sikit ni, happy blogging semua.




p/s : kring..kring...kringgg...eskrim!!!

1 Komen:

Anonymous said...

lepas skolah mnengah alang nak gi asrama msti singgah beli aiskrim yg dorg jual... ahahak kot ... syok kot... tgh panas mkn aiskrim..