Friday, January 17, 2014

Menghidupkan Sunah Rasulullah SAW

Assalamualaikum semua, dipenghulu segala hari ini krole nak berkongsi tentang amalan sunah harian rasulullah SAW. Dengan mengamalkan/menghidupkan amalan sunah Rasulullah ini kita dapat menguatkan lagi kecintaan kita kepada Allah SWT dan RasulNya iaitu Nabi Muhammad SAW.  InsyaAllah.

7 Sunah Rasulullah SAW :

1. Tahajjud :
-kerana kemuliaan seseorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2. Membaca Al-Quran Sebelum Terbit Matahari :
-alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata menatap Al-Quran terlebih dahulu dan memahami isi kandungannya.

3. Jangan Tinggalkan Masjid Terutama Diwaktu Subuh :
-sebelum melangkah kemana pun langkahlah ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan. Bukan kerana muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

4. Jaga Solat Dhuha :
-kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5. Jaga Sedekah Setiap Hari :
-Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

6. Jaga Wuduk Menerus :
-kerana Allah menyayangi hambaNya yang berwuduk. Kata khalifah Ali bin Abu Talib " orang yang selalu berwuduk sentiasa merasa selalu bersolat dan dijaga oleh malaikat dengan 2 doa...". "Ampuni dosa & sayangi dia Ya Allah".

7. Amalkan Istighfar Setiap Saat :
-dengan istighfar, masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Moga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat memberi pedoman kepada kita semua untuk menjadi mukmin yang terbaik disisi Allah SWT. InsyaAllah... Assalamualaikum semua.


p/s : alhamdulillah... cerah hari ini~

4 Komen:

PeRdU cINta said...

Best..alhamdulillah nice entry mr krole..secomelnya bagi ibu bapa mulakan sedari anak masih kecil lagi untuk memperkenalkan sunnah Rasulullah..pupuk rasa cinta itu sedalamnya..insyaAllah..Allahuma amin..

Bunda_nora said...

Alhamdulillah...

Nursyarifah Syed Putera said...

Salam ziarah.info yg baik.Jazzakallahu khairan

Nursyarifah Syed Putera said...

Salam ziarah.info yg baik.Jazzakallahu khairan