Semalam aku mengalami detik-detik cemas. Nak dijadikan cerita, seperti biasa selalunya bila jarum jam dah menunjuk nombor 10 malam... aku akan mula berblog atau update entri atau blogwalking atau balas jejak atau... eh? berapa banyak atau dah! hahaha! ok! senang cerita waktu-waktu begitu aku habiskan dengan berblog ya. Tapi entah kenapa? semalam tiba-tiba gatal pula tangan ni nak cek akaun google+ yang rasanya sedikit terabai sejak dari mula lagi hahaha! (tak berapa nak reti). Bila dah masuk akaun google+ tu pergh! banyak juga notification krole nampak... terima kasih ya kepada semua kawan-kawan yang sudi membulatkan krole dalam bulatan korang (circle), walaupun diri ini kurang arif tentang bulatan-bulatan ni... selalunya bab bulatan ni bila krole nampak saja gambar kawan-kawan terus krole klik butang add tu, terpulang kepada dialah nak bulatkan krole balik ke tak? sekali lagi terima kasih ya. Tiba-tiba krole terlihat kat ruangan header google+ ni, wuah! dah berubahlah! pergh! patutlah krole tengok akaun google+ kawan-kawan cantik-cantik belaka (pergh! macam ayat pujanga pula aku guna ni).
So sepantas kilat jari ni menekan butang change photo kat ruangan header baru tu... pergh! waktu tu memang terperanjat gila apabila mata ini melihat cover photo yang menjadi besar seperti ultraman aduh! mulalah aku mencari setting bagaimana nak bagi kecil balik cover photo tu... sejam berlalu usahaku berakhir dengan kekecewaan... so apa lagi mulalah diri ini mencari kawan-kawan kat google+ tu untuk bertanya bagaimana nak kecilkan semula gambar kat ruangan atas tu... tapi rupa-rupanya semua kawan-kawan kat google+ (tak ramai pun) tak online malam tadi argh! macam nak tercabut rambut ni! kenapalah google buat benda menyusahkan macam ni... tiba-tiba tada! aku ternampak seorang sahabat yang online dan alhamdulillah insan itu memang dah lama aku kenal yeah! lama juga kitaorang sembang-sembang dan akhirnya atas bantuan beliau aku berjaya mengecilkan gambar kat cover photo tu semalam yeah! seronoknya!. Insan yang baik hati , kacak, dan baik budi pekertinya itu (amboi! puji lebih nampak!) adalah blogger sop. Mesti korang kenal kan? kalau tak kenal meh berkenalan dengan beliau, hah! apa! oh! klik saja disini untuk ke blog beliau... so disini aku ingin mengucapkan jutaan lemon terima kasih kat bro sop kerana sudi membantu semalam walaupun hari dah terlampau lewat. Oklah ada hal sikit ni so happy blogging semua.
p/s : jom ada krole kat google+~
20 Komen:
alhamdulillah..lena la tido bila masalah mr krole dah selesai ye..lepas ni ilmu yang ada tu boleh mr krole sebar luaskan ok..manatau bb pun one day nak ada blog kan..huhuhuh..
nk buat jgklah ..xpernah amek tahu pasal googleplus..kene p check jgk nih..heheeh
sebelum ni cover photo mcm lain. skrang dah lain. nak kena tukar cover la ni
terima kasih bro krole atas entry khas ini :)
itu guna kawan bukan? bantu membantu mana yang tahu. mana tak tahu sama2 tolong cari. Sop pun baru jumpa juga selepas bro inform tentang cover besar G+ :)
tp header G+ bro krole mmg cun.. tahniah :)
Sama la kita nmpaknya...tak pernah amik tau..∩__∩
heheheh kelakar r bro nie :) ... apa pon semua dah ok kan ?
nasib baik ada SOP...hehehe
bella tak buat pun blogger+ ni . tak paham sangat la pasal tu . sbb tu tak buat . terasa kuno pulak diri ini . kahkah
krole, boleh share x cam ne nak kecikan header kat G+ tu? saya punya header pun tak muat... dapat masuk separuh je... huhuhu
xaktif pun kt google+ tu..
tak berapa expert sangat di Google+ Jadi lama terabai :(
puteri belum letak lagi cover photo..nanti boleh la bro krole share caranya :)
Heehe, naseb baek ada bro sop yg membantu kan...igtkan apa la td... :D
Tak pernahpun nak guna google+ ni. Hehe
abg sop memang nice orangnya.. :)
err , tak kenal la...
hehehehe , nanti buat satu entry kenalkan CP ngan dye , (wow ! demand ! ) mintak entry gituh , hahahhaa !!
CP pown samela mengabaikan google+ tuh , hehehe ,tataw gune , apetah lagik la na explore pada waktu kebizian melampau nih ...
hahahahaha.. nasib baik masalah tu dah selesai. kalau tak.... mesti tak tidur dua hari.hehehee
aah tu la kebetulan ms krole tny tu mar xon9 la pulak. hehe alhamdulillah berjaya. eh, tp mcmane ? mar punye cover lak jd besar gedabak. xphm google+ neh ~
sy x pnah godek2 google+ tu, erkk.. ntah apa laa fungsi circle yg ada situ :p
yup, sop mmg suka tolong org.. aritu dia pnah tolong sy wktu kes link iklan ada virus ^^
tirah pon xberapa reti google+..hihi
Post a Comment